SEGAMAT – Hasrat kerajaan negeri untuk menubuhkan sebuah hospital swasta di daerah ini melalui anak syarikat Johor Corporation (JCorp) iaitu KPJ Healthcare Sdn Bhd terpaksa ditangguhkan ekoran harga tanah yang terlalu tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, beberapa siri lawatan juga telah dilakukan oleh JCorp sebelum ini bagi mencari dan mengenalpasti tapak yang sesuai bagi pembinaan hospital tersebut.

“Antara lokasi yang telah dikenalpasti sebelum ini adalah di persimpangan Lebuhraya Segamat-Kuantan, namun hasrat tersebut tertangguh kerana kos pengambilalihan tanah (PBT) yang terlalu tinggi.

“Sebenarnya banyak pihak yang berminat untuk membina hospital swasta di sini termasuk pihak KPJ Healthcare dan semua pihak tersebut sedang berusaha mengenal pasti lokasi lain yang lebih sesuai,” katanya.

Ayub yang juga Adun Kemelah berkata kepada pemberita selepas merasmikan Program Catur Cilik Bestari, Tuisyen JCorp Dan Semarak Jawi 2017 peringkat daerah Segamat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Bentara Dalam, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif Kulim (Malaysia) Berhad, Zulkifly Zakaria; Timbalan Pegawai Pendidikan Segamat,Hamzah Ahmad serta pengetua dan guru besar sekolah di daerah ini.

Menurutnya, kos untuk membina bangunan hospital swasta yang mempunyai 100 katil dianggarkan sebanyak RM60 juta selain pelaburan tambahan sebanyak RM40 juta lagi diperlukan bagi tujuan kelengkapan lain.

“Saya melihat peluang mewujudkan sebuah hospital swasta di Segamat juga cukup besar untuk dimanfaatkan oleh pemain utama sektor kesihatan selain itu merupakan harapan penduduk di daerah Segamat.

“Bagi pesakit yang mempunyai wang dan pilihan, mereka akan pergi ke hospital-hospital swasta di Batu Pahat, Melaka dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan kerana di sini (Segamat) tidak menawarkan pilihan tersebut,” katanya.

Menurutnya, Segamat merupakan satu lokasi yang mempunyai potensi untuk pemaju kesihatan melabur memandangkan keadaan ekonomi penduduk yang semakin baik ditambah sebagai lokasi pilihan penduduk di sekitar Muadzam Shah dan Gemas, Negeri Sembilan.

Pada masa sama, punca keracunan makanan para pelajar dan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMKA) Segamat, baru-baru ini, berpunca daripada kawasan dewan makan tersebut yang terlalu kotor.

“Hasil pemeriksaan sebelum ini mendapati terdapat najis tikus di kawasan dewan makan itu selain hidangan ayam masak merah yang disediakan ketika itu tidak dimasak dengan baik sehingga mengakibatkan keracunan,” katanya.

(Visited 1,796 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!