LABIS – Kira-kira 20 kubur di Tanah Perkuburan Islam Paya Merah, di sini, mendap dan rosak akibat hujan lebat yang melanda daerah ini pada minggu lalu.

Difahamkan, kejadian tersebut mula disedari oleh salah seorang penduduk sekitar kawasan tersebut pada 24 Januari lalu yang secara kebetulan singgah dan melalui kawasan tanah perkuburan berkenaan.

Sukarelawan kubur tersebut, Hussin Abdul Latif, 44, berkata, bagi mengelakkan keadaan bertambah teruk, ada beberapa buah kubur yang sudah dibaiki oleh dia dan lapan sukarelawan yang lain yang dilakukan secara berfasa.

“Keluarga waris terlibat juga sudah dimaklumkan mengenai kejadian ini dan ada yang datang membaiki sendiri kubur tersebut seperti menambak semula tanah yang mendap dan membetulkan struktur nisan yang tercabut.

“Sekiranya dalam masa beberapa hari ini tiada waris yang datang membetulkan kubur yang mendap ini, saya dan sukarelawan kubur yang lain terpaksa membetulkannya atas dasar tanggungjawab sesama Islam,” katanya kepada Komuniti Segamat.

Jamal Idris

Menurutnya, ini merupakan kejadian pertama yang berlaku di tanah perkuburan tersebut dan salah satu faktor kejadian ini adalah hujan lebat dan air yang turun daripada kebun bersebelahan kawasan ini.

Katanya, walaupun mendapan yang berlaku itu tidak begitu dalam, dia risau sekiranya mendapan itu merebak ke kawasan yang lain kerana berlaku pergerakan tanah akibat ruang kosong di bawah kubur tersebut.

“Masalah kami sekarang adalah terdapat beberapa kubur yang sudah disimen pada bahagian atasnya retak akibat kejadian ini dan kami tidak berani untuk memecahkan atau membetulkannya tanpa persetujuan keluarga waris.

“Saya berharap keluarga waris yang sudah dihubungi dapat memberikan maklum balas segera dan bagi saya, ini merupakan tanggungjawab keluarga itu sendiri dan kami (sukarelawan) hanya membantu sekadar yang termampu sahaja,” katanya.

Bagi seorang lagi sukarelawan, Jamal Idris, 50, berkata, dia meminta masyarakat setempat tidak perlu berasa bimbang serta berfikiran yang bukan-bukan kerana kejadian tersebut berlaku disebabkan fenomena alam.

Katanya, kejadian tersebut hanya disebabkan oleh hujan lebat dan bukan melibatkan unsur mistik selain mengalu-alukan penglibatan pelbagai pihak untuk bergotong-royong menyelesaikan masalah ini.

“Setakat ini, hanya ada lapan sukarelawan sahaja dan tenaga kami juga terhad dan sekiranya mendapat bantuan daripada mana-mana pihak, mungkin masalah ini boleh diselesaikan dalam masa sehari sahaja,” katanya.

(Visited 2,033 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!