SEGAMAT – Tahap kesedaran dalam kalangan pekerja dan waris berkenaan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) masih rendah dan ini menyebabkan pencarum atau waris tidak membuat tuntutan selepas berlaku kemalangan atau kematian.

Adun Buloh Kasap, Norshida Ibrahim berkata, Perkeso ini merupakan sebuah organisasi yang membawa begitu banyak manfaat kepada pekerja kerana mempunyai pelbagai faedah seperti Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.

“Kebaikan Perkeso yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya akan menyebabkan kerugian kepada pencarum atau waris mereka yang mungkin memerlukan bantuan tersebut dan saya berharap Perkeso agar lebih banyak program kesedaran dapat dibuat.

“Seperti program ini, Perkeso dapat mendekati pemimpin masyarakat dan memberi pendedahan kepada mereka apa yang harus dilakukan sekiranya berdepan dengan situasi yang melibatkan tuntutan-tuntuan dengan Perkeso,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Program Seminar Perkeso Bersama Pemimpin Masyarakat Peringkat Perkeso Segamat di Hotel Villa, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pengurus Perkeso Segamat, Roslinda Juanis; Penghulu Kanan Daerah Segamat, Mohmad Rasul Ab Samad dan Penghulu-Penghulu Mukim Daerah Segamat.

Menurutnya, pemimpin masyarakat seperti ketua kampung yang dianggap ‘duta kecil’ Perkeso juga tidak seharusnya menunggu aduan untuk bertindak sebaliknya mengambil tahu mengenai perkembangan anak buah melalui pendekatan turun padang.

Katanya, majikan tempat kerja lebih bertanggungjawab kepada perkara-perkara berkaitan kemalangan di tempat kerja dan pemimpin masyarakat boleh membantu berkaitan pencen ilat yang merangkumi pencen penakat.

“Ini kerana ada di antara mereka yang layak menerima pembayaran tidak tahu bagaimana untuk menyalurkan permasalahan mereka dan saya berharap objektif program ini untuk membantu mereka yang memerlukan dapat disampaikan.

“Jika pencarum meninggal dunia mereka, waris akan menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) serta pencen penakat dan sekiranya tidak boleh bekerja atau menghidap pennyakit kronik, pencarum akan menerima pencen ilat,” katanya.

Sementara itu, Roslinda berkata, sehingga Jun 2017, pihaknya telah menyelesaikan sebanyak 875 kes melibatkan pencarum Perkeso di daerah ini dengan jumlah pembayaran sebanyak RM2.36 juta.

Pada masa sama, pihaknya juga turut giat melakukan promosi terhadap pemandu-pemandu teksi di daerah ini untuk melakukan caruman di bawah Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) yang telah dilancarkan pada 1 Jun lalu.

“Sehingga kini, terdapat 21 pemandu teksi di daerah ini yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Lembaga Pelesenan Perdagangan (LPKP) telah mendaftar dan mencarum di bawah SPS ini.

“Kami berharap lebih ramai pemandu teksi yang tampil untuk mencarum di bawah skim ini bagi mewujudkan keselamatan jaringan sosial selain menjamin kesinambungan hidup jika berlaku kemalangan atau kematian,” katanya.

(Visited 481 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!