Tujuh keluarga tinggal sehelai sepinggang
SEGAMAT – Tujuh sekeluarga hanya tinggal sehelai sepinggang apabila rumah sewa yang mereka duduki hampir 25 tahun musnah dalam kebakaran di Jalan Meriyani, Kampung Jawa, di sini, awal pagi semalam. Mangsa, Maya Suzila Hashim, 25, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi apabila kakaknya, Juliana, 31, terdengar bunyi bising yang datang dari arah bengkel kayu […]