SEGAMAT – Tanggungjawab sebagai suami dan bapa tidak pernah menjadi penghalang kepada penerima Anugerah Naib Canselor pada Konvokesyen Ke-83 Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, di sini untuk terus berusaha menggapai kejayaan.

Abdul Rahman Suadi, 39, yang berasal dari Sarawak berkata, salah satu faktor kejayaannya adalah dorongan isterinya, Dayang Siti Nurafidah Sabri Apandi, 34, yang menggalakkannya untuk menyambung pelajaran di peringkat diploma pada tahun 2013.

“Ketika itu, isteri baharu sahaja tamat pengajiannya di peringkat sarjana dan dia beri dorongan kepada saya pula untuk sambung belajar memandangkan sebelum ini saya hanya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap tiga sahaja.

“Ketika mula-mula saya mendaftar masuk ke UiTM Segamat dahulu, ramai kawan-kawan termasuk pensyarah tidak percaya umur saya ketika itu 36 tahun dan merupakan pelajar yang paling tua,” katanya kepada Komuniti Segamat baru-baru ini.

Menurut bapa kepada Muhammad Farhan Affendi, 9, dia juga mudah bergaul dan menyesuaikan diri dengan pelajar yang hampir separuh daripada umurnya kerana sebelum ni pernah bekerja sebagai Jurulatih Vokasional di Kuching, Sarawak.

Katanya, pelajar Diploma Perakaunan itu, dia akan memanfaatkan sepenuhnya peluang sewaktu berada di kampus dengan bantuan rakan-rakan serta pensyarah Fakulti Perakaunan UiTM Segamat.

Ujarnya lagi, sebagai seorang bapa dan suami, dia mengakui berjauhan dengan keluarga merupakan cabaran yang paling besar, dan sewaktu semester satu hingga tiga, dia berulang alik setiap minggu dari Segamat ke Johor Bahru dan Segamat ke Melaka pada semester empat hingga lima.

Tambahnya, setiap kali ada peluang, dia pasti akan pulang berjumpa isteri dan anak terutama sekali apabila anaknya menghadapi peperiksaan atau isterinya mempunyai tugasan kerja kerana dia seorang pegawai kerajaan.

“Saya memperolehi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.79 juga sedang menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di UiTM Puncak Alam, Shah Alam.

“Saya berharap kejayaan di peringkat diploma ini dapat diteruskan di peringkat ijazah selain menjadi pembakar semangat untuk anak tunggalnya agar lebih berjaya di dalam bidang akademik,” katanya.

(Visited 518 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!