SEGAMAT – Majlis Daerah Segamat (MDS) sedang menjalankan kajian Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Segamat 2030 bagi menggantikan RTD Segamat 2020 yang dijangka siap pada pertengahan tahun 2018.

Yang Dipertuanya, Miswan Yunos berkata, kajian itu bertujuan untuk menetapkan hala tuju pembangunan daerah Segamat yang telah ditetapkan sebagai pusat katalis dalam rancangan fizikal negara dan juga sebagai ‘agriculture powerhouse’ dalam Pelan Pertumbuhan Strategik Negeri Johor.

“Kajian ini juga akan memfokuskan kepada peranan daerah Segamat dalam konteks nasional dan juga negeri. Kajian ini ditanggung oleh kerajaan persekutuan, negeri, MDS dan Majlis Daerah Labis (MDL).

“Dalam RT Segamat 2020, daerah ini telah dikenalpasti sebagai sebahagian pusat pertumbuhan bagi Wilayah Pertumbuhan Barat-Utara Johor (WPBUJ) dengan pembangunan perbandaran dan ekonomi berasaskan sumber tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Mesyuarat Penuh MDS Bulan Julai di Bilik Mesyuarat MDS, di sini, baru-baru ini.

Miswan Yunos

Pada masa sama, menjelang sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 pada tahun ini, daerah Segamat juga akan turut sama menyambut sambutan tersebut sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Saya meminta jasa baik semua pihak agar dapat membuat persediaan awal untuk menyambut sambutan tersebut terutamanya melibatkan aspek kebersihan, keceriaan dan pencahayaan serta jalan-jalan protokol dan kawasan tumpuan orang ramai.

“MDS dengan kerjasama agensi-agensi seperti Solid Waste Corporation (SWCorp), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta agensi lain juga akan sentiasa meningkatkan aktiviti pembersihan di sekitar bandar Segamat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau mengharapkan agar ahli-ahli majlis yang belum lagi menubuhkan Rakan Taman untuk mewujudkan Rakan Taman di kawasan masing-masing selaras dengan hasrat kerajaan bagi memastikan keindahan alam sekitar terpelihara.

Menurutnya, Rakan Taman merupakan program kesukarelawan bagi menggalakkan masyarakat melakukan kerja-kerja sukarela untuk memelihara dan menjaga keindahan kawasan kejiranan.

(Visited 618 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!