LABIS – Hajat seorang ibu tunggal di Kampung Seri Tuah Dalam, di sini, untuk mengadakan majlis perkahwinan anak permpuannya di rumah sendiri tidak kesampaian apabila rumahnya tiada bekalan air paip yang di bekalkan oleh Syarikat Air Johor Holding (SAJH).

Asmah Limat, 62, berkata, disebabkan masalah itu juga, dia terpaksa menyewa sebuah dewan di pekan Tenang Stesen, di sini, yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari rumahya untuk melangsungkan majlis perkahwinan anaknya pada pertengahan bulan ini.

“Mak cik sudah tinggal di kawasan ini selama 17 tahun dan selama ini, mak cik terpaksa mengepam air perigi yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah kerana ketiadaan paip utama SAJH di kawasan ini.

“Bagaimanapun, air perigi ini tidak boleh digunakan untuk minum, memasak dan membasuh baju kerana tidak jernih dan keadaan bertambah teruk terutamanya pada musim kemarau selain kos elektrik yang tinggi untuk mengepam air perigi ke dalam tangki,” katanya.

Menurutnya, dia juga terpaksa mengangkut bekalan air bersih dari rumah anaknya yang menetap di Taman Tenang dan Kampung Sawah Baru, di sini, yang terletak beberapa kilometer dari rumahnya sekiranya pam airnya mengalamai kerosakan.

Asmah Limat

Katanya, dia pernah mengalami kerugian kira-kira RM2,000 selepas pam airnya dicuri kira-kira lapan bulan lalu dan selain rumahnya, terdapat dua lagi rumah di kawasan tersebut iaitu rumah anaknya, Mohd Isa Atan, 38, dan sebuah rumah baharu yang masih belum dihuni.

Sementara itu, Mohd Isa berkata, terdapat beberapa pemilik tanah yang berjiran dengannya menyatakan hasrat untuk membina rumah di kawasan tersebut termasuk ada yang sudah meratakan tapak rumah, namum menangguhkan hasrat mereka kerana masalah tersebut.

“Saya merayu pihak berkaitan terutama SAJH supaya membantu kami dengan menyambung paip utama dari Kampung Seri Tuah yang terletak tidak sampai dua kilometer dari kampung kami bagi membolehkan kami mendapat bekalan air bersih.

“Sama seperti ibu saya, saya juga terpaksa menggali perigi dan mengepam air ke tangki rumah dan kos untuk membeli pam elektrik serta paip untuk mengepam air adalah kira-kira RM 2,000,” katanya.

Menurutnya, dia agak bernasib baik kerana air perigi di rumahnya jernih berbanding rumah ibunya dan tidak memerlukannya membeli penapis air bagi membolehkan air tersebut digunakan untuk memasak dan minuman.

Sementara itu, Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Ter Yong berkata, beliau akan menyokong permohonan mereka yang terlibat dengan masalah tersebut kerana bekalan air bersih merupakan keperluan asas yang perlu dipenuhi.

“Masalah sama pernah berlaku di Kampung Baru Bekok, namun masalah tersebut dapat diselesaikan dan saya harap kerajaan negeri atau Kementerian Luar Bandar dan Wlayah (KKLW) dapat membantu untuk menyediakan kos tersebut.

“Saya minta mereka yang terlibat agar memberikan maklumat terperinci mengenai masalah ini ke pusat khidmat saya untuk tindakan seterusnya nanti,” katanya.

(Visited 978 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!