SEGAMAT – Penduduk di Taman Kurnia, Bukit Siput, di sini, melahirkan kebimbangan apabila masalah jalan di kawasan perumahan mereka yang runtuh dan terhakis menjadi semakin serius.

Penduduk, Mohd Ridhuan Othman, 33, berkata, masalah tersebut bermula sejak awal tahun ini apabila terdapat sebuah jengkaut melakukan kerja-kerja pembersihan parit hanya dari atas jalan berkenaan.

“Pada awalnya masalah ini tidak begitu serius namun sejak beberapa bulan kebelakangan ini, rekahan tersebut semakin membesar sehingga terdapat tebing parit yang disimen mula terhakis dan runtuh.

Mohd Ridhuan menunjukkan keadaan jalan yang mendap dan terhakis
Mohd Ridhuan menunjukkan keadaan jalan yang mendap dan terhakis

“Mungkin keadaan jengkaut yang besar dan berat itu menjadi salah satu punca dan berdasarkan pemerhatian saya sebelum ini, jengkaut akan berada di dalam parit sekiranya melakukan kerja-kerja pembersihan,” katanya kepada Komuniti Segamat.

Menurutnya, dia yang sudah lapan tahun tinggal di kawasan tersebut berkata, dia juga tidak membenarkan empat orang anaknya bermain di luar rumah kerana bimbang sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Tee Han Wee
Tee Han Wee

Bagi Tee Han Wee, 33, berkata, rumahnya yang terletak bersebelahan dengan kawasan rekahan dan mendapan tersebut telah membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab kerana risau memikirkan keadaan rumahnya yang baharu didiami lapan bulan lalu.

“Saya dan isteri tidak lena tidur terutama pada waktu hujan serta tidak berani meletakkan kereta di bahu jalan berdekatan kawasan tersebut kerana risau keadaan permukaan jalan ini yang tidak stabil dan boleh runtuh pada bila-bila masa sahaja.

“Tambahan pula, keadaan jalan ini yang gelap pada waktu malam kerana ketiadaan lampu jalan juga boleh menimbulkan bahaya kerana ada kenderaan yang masih melalui jalan ini walaupun tali penghadang telah dipasang,” katanya.

Menurutnya, selain masalah keselamatan, dia berharap masalah tersebut dapat diatasi dengan segera kerana keadaan cuaca yang tidak menentu terutamanya hujan boleh menyebabkan masalah ini bertambah parah.

Bagi penduduk yang ingin dikenali sebagai Nordin, 50-an berkata, disebabkan jalan tersebut yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan berat, lori sampah yang melakukan kutipan sisa pepejal terpaksa dipandu secara mengundur di kawasan berkenaan.

Keadaan jalan di Taman Kurnia yang mendap dan terhakis
Keadaan jalan di Taman Kurnia yang mendap dan terhakis

“Penduduk seperti saya yang meletakkan kenderaan di luar rumah kadang kala risau sekiranya lori sampah tersebut melanggar atau bergesel dengan kenderaan kami dan sebelum ini juga saya pernah melihat beberapa kanak-kanak bermain di kawasan runtuhan tersebut.

“Sekiranya kerja-kerja membaikpulih jalan ini dapat dilakukan dalam masa terdekat, saya meminta kontraktor yang dilantik supaya memasang sekali besi penghadang atau pagar pada jalan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Segamat (MDS), Miswan Yunos berkata, kerosakan jalan tersebut kini berada dalam perhatian pihaknya selain telah memasang tali penghadang di kawasan berkenaan.

Menurutnya, oleh kerana kerosakan melibatkan tebing dan memerlukan kos sebanyak RM400,000, MDS telah memohon peruntukan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajan Tempatan (KPKT) dan kerja baik pulih dijangka dapat diselesaikan sebelum hujung tahun ini.

(Visited 606 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!