SEGAMAT – Pihak pentadbiran Felcra Berhad belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan agar pembayaran dividen perserta dibuat setiap bulan pada masa akan datang berbanding sekali setahun ketika ini.

Pengerusi Felcra, Datuk Seri Bung Muktar Radin berkata, cadangan tersebut ada pro dan kontra dimana sebarang keputusan yang akan diambil perlukan satu kajian yang menyeluruh.

“Kita perlu lihat kesan baik dan buruk serta sebarang masalah yang mungkin timbul dari segenap sudut sebelum perlaksanaan cadangan dilakukan.

“Felcra merupakan satu agensi yang membangunkan tanah dan kita tetap bangunkan tanah walaupun keluasannya hanya satu ekar, jadi dengan keluasan sebegini jika dividen diberikan secara bulanan mungkin jumlahnya terlalu sedikit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Program Jelajah Seranta Felcra Berhad di Felcra Sekijang baru-baru ini.

Katanya, cadangan tersebut walaupun dilihat sebagai tidak relevan, namun pihak pengurusan tidak menolaknya, malah sedang membuat kajian mengenai kesesuaian perlaksanaannya.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan pihak pengurusan Felcra Berhad sedang berusaha menaiktaraf Kolej Felcra menjadi universiti atau sekurang-kurangnya kolej universiti dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Ketika ini Kolej Felcra yang terletak di Perak hanya menawarkan kursus diperingkat sijil dan diploma dalam beberapa bidang termasuk perladangan bagi memberi peluang kedua kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Diharap selepas dinaiktaraf nanti Felcra mampu membuka peluang lebih luas kepada generai Felcra dan anak-anak luar bandar untuk melanjutkan pelajatan di peringkat sarjana dalam pelbagai bidang,” katanya.

(Visited 590 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!