LABIS – Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya dilanggar oleh sebuah lagi lori di Kilometer 144 Jalan Johor Bahru-Seremban berhampiran simpang Pekan Bekok, kira-kira pukul 1.30 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Raub Selamat berkata, dalam kejadian tersebut, mangsa, Tan Lek San, 61, yang beralamat di Simpang Renggam maut serta merta di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati, mangsa yang membawa muatan babi itu telah berhenti di tepi jalan kerana hendak membuang air kecil sebelum sebuah lagi lori muatan kelapa dari arah sama telah bergesel dengan lori mangsa.

“Akibat daripada pergeseran tersebut, lori mangsa telah menggelongsor dan melanggar mangsa yang sedang membuang air kecil di tepi lori tersebut, manakala pemandu lori kelapa telah terbabas ke dalam parit,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya, mangsa maut serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan dipercayai akibat hentakan kuat manakala pemandu lori kelapa belum dikenalpasti kerana sedang menerima rawatan di Hospital Daerah Segamat (HDS).

Katanya, muatan babi yang dibawa oleh mangsa yang dipercayai dalam perjalanan dari Segamat ke Kluang juga tidak terlepas namun muatan kelapa yang dibawa oleh pemandu lori kelapa bertaburan di atas jalan.

“Hasil siasatan mendapati punca kemalangan berlaku disebabkan oleh kecuaian mangsa yang meletakkan lorinya di atas jalan iaitu melebihi garisan putih sehingga menyebakan lori kelapa tersebut bergesel dengan lori mangsa.

“Kawasan kejadian adalah jalan lurus serta berbukit dan mempunyai garisan berkembar sebagai pemisah jalan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

(Visited 989 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!