LABIS – 13 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bali, di sini, yang cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima hadiah berganda apabila mendapat tajaan percutian selama dua hari tiga malam ke Pulau Pangkor.

S Ragumaran, 18, berkata, dia yang memperolehi keputusan 9A 1B bukan sahaja mampu berbangga dengan keputusan yang diperolehi, malah turut teruja dengan tajaan pakej percutian oleh syarikat STU Asia Sdn. Bhd. itu.

“Saya anggap hadiah pakej percutian ini sebagai satu bonus kepada usaha keras saya selama ini selain keputusan cemerlang yang diperolehi juga tidak mungkin diperolehi tanpa bantuan guru-guru.

“Kebetulan saya belum pernah ke Pulau Pangkor dan ini merupakan masa terbaik untuk saya bercuti dan merehatkan minda selepas bertungkus lumus belajar sebelum ini dan selepas ini saya mungkin melanjutkan pelajaran dalam bidang sains di universiti,” katanya.

Dia ditemui semasa Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2016 di SMK Seri Bali, di sini, kelmarin, yang diserahkan oleh pengetuanya, Zabedah Abdul Rashid dan turut hadir ialah Pengarah STU Asia Sdn. Bhd., Hashim Mohamad Kallang.

Bagi rakannya, Khoo Er Qian, 18, yang memperolehi keputusan 8A 2B pula menyifatkan tajaan percutian tersebut sebagai peluang terbaik kepadanya untuk melihat keindahan Pulau Pangkor yang selama ini hanya melalui pembacaan sahaja.

“Saya dan rakan-rakan lain yang menerima tajaan percutian ini memang tidak sabar untuk ke Pulau Pangkor dan sepanjang hidup saya, ini merupakan kali pertama saya memperolehi tajaan percutian dan boleh dijadikan pembakar semangat di masa akan datang.

“Saya bercita-cita untuk menjadi doktor dan selepas ini saya berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat asasi sains dan saya harap kecemerlangan ini akan menjadi dorongan kepada adik-adik saya,” katanya.

Sementara itu, Zabedah berkata, sejak sekolah tersebut mula dibuka pada tahun 2010, keputusan peperiksaan SPM tahun 2016 merupakan pencapaian terbaik sekolah tersebut dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 4.89 serta mendapat 10 mata pelajaran lulus 100 peratus.

“Selain usaha pelajar itu sendiri, keputusan ini yang melayakkan sekolah ini mendapat lonjakkan saujana turut dipengaruhi oleh kegigihan para guru selain jalinan kerjasama baik antara pihak sekolah dan ibu bapa.

“Tidak boleh dinafikan antara faktor penting pencapaian cemerlang yang diperolehi ini adalah peranan serta sumbangan pihak korporat seperti yang dilakukan oleh syarikat STU Asia ini,” katanya.

(Visited 580 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!