SEGAMAT – Selepas kejayaan dalam penghasilan produk industri kecil dan sederhana (IKS), Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nur Kasih Felda Pemanis, di sini, melangkah setapak lagi ke hadapan dengan projek penternakan burung puyuh telur pula.

Pengerusi PDK Dun Pemanis, Zaleha Yahya berkata, ternakan puyuh telur secara sangkar di PDK tersebut telah bermula pada September tahun lalu dengan 160 ekor puyuh sumbangan Jabatan Veterinar Segamat.

“Setakat ini, kita telah ada 16 sangkar yang menempatkan puyuh-puyuh tersebut dan ternakan ini dipilih kerana tidak memerlukan kawasan yang luas selain penjagaan yang mudah dan tidak berbau seperti ternakan lain seperti ayam.

“Tujuan utama penternakan puyuh ini adalah untuk memberi pendedahan pembelajaran dan memenuhi masa terluang kepada pelatih orang kelainan upaya (OKU) untuk belajar menternak dan mencintai haiwan,” katanya kepada Komuniti Segamat.

Menurutnya, selain mampu menjana pendapatan tambahan dengan memasarkan daging dan telur puyuh dalam masa terdekat ini, beliau berharap projek ini mampu menjadi salah satu terapi penyembuhan kepada pelatih PDK tersebut.

Menurutnya, ternakan puyuh ini juga akan diuruskan oleh pelatih sambil dipantau oleh petugas PDK selain turut mendapat kerjasama daripada pengurusan Felda sendiri dan masyarakat setempat.

Pada masa sama, pihaknya juga turut menaman cili padi secara ‘nutri pot’ di sekeliling kawasan PDK dengan penyiraman 12 kali setiap hari selain mahu memupuk semangat cintakan alam sekitar dan bercucuk tanam di dalam diri setiap pelatih.

Tanaman cili secara ‘nutri pot’ juga turut menjadi nilai tambah kepada PDK Nur Kasih

“Saya juga sedang berusaha untuk memohon elaun pekerja cacat (EPC) sebanyak RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk para pelatih saya sebagai insentif untuk menggalakkan mereka bekerja dan hidup berdikari.

“Bagi saya, projek penternakan dan pertanian ini sebagai salah satu nilai tambah kepada kami untuk mempelbagaikan lagi produk PDK yang sedia ada termasuk produk sejuk beku yang menjadi kekuatan utama PDK ini,” katanya.

Menurutnya, PDK Nur Kasih juga telah menjadi PDK IKS yang pertama di daerah dan negeri ini yang menerima geran sebanyak RM50,000 daripada Jobs Malaysia Iskandar Johor pada tahun 2015.

Katanya, melalui geran sebanyak RM50,000, warga PDK Nur Kasih telah memanfaatkan geran tersebut dengan membeli mesin dan kelengkapan lain untuk melaksanakan projek makanan sejuk beku seperti karipap keju dan aiskrim.

“Kebanyakan pelatih ini juga terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah pembelajaran tetapi boleh mengurus diri dengan baik dan rojek ini bertujuan memberi peluang kepada mereka (pelatih) untuk belajar berdikari dan mencari wang saku sendiri,” katanya.

(Visited 580 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!