SEGAMAT – Negeri Johor merupakan negeri yang mempunyai paling banyak pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berbanding negeri lain selepas berjaya mewujudkan sebanyak 69 PDK di seluruh negeri ini sejak tahun 1998.

Yang Dipertua Badan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (Juita), Datin Rosni Omar berkata, PDK yang berfungsi sebagai pusat pemulihan dengan penglibatan penuh keluarga dan komuniti setempat dianggap hadiah istimewa kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Sejak tahun 2007, kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM6 juta bagi membina sebanyak 30 bangunan PDK dengan peruntukkan sebanyak RM200,000 bagi setiap satu bangunan di seluruh negeri Johor.

Rosni (dua,kanan) menyerahkan replika cek kepada Aryani (kanan) di PDK Sinar Mutiara Kemelah
Rosni (dua,kanan) menyerahkan replika cek kepada Aryani (kanan) di PDK Sinar Mutiara Kemelah

“Daerah Segamat menerima peruntukan paling tinggi iaitu RM1.2 juta untuk membina enam bangunan PDK diikuti Muar, Kota Tinggi dan Kluang sebanyak RM 800,000,” katanya ketika berucap merasmikan bangunan PDK Sinar Mutiara Kemelah di Felda Kemelah, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap; Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat dan Pengerusi PDK Dun Kemelah, Datin Dr Aryani Abdullah.

Menurutnya, daerah Batu Pahat dan Mersing pula menerima peruntukkan sebanyak RM600,000 mankaala Johor Bahru dan Pontian pula menerima RM400,000 di ikuti Kulaijaya sebanyak RM200,000.

“Setakat ini juga, terdapat seramai 2,295 pelatih yang terdiri daripada kanak-kanak serta remaja OKU yang sedang menjalani proses pemulihan di kesemua 69 PDK yang terdapat di negeri ini dengan dibantu penyelia serta petugas PDK itu sendiri.

“Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak RM415,160 telah diluluskan oleh kerjaan negeri dan kerajaan pusat untuk melaksanakan program pemulihan di 10 PDK yang terdapat di Segamat,” katanya.

Menurutnya, selain peruntukan dari kerajaan, pihak swasta juga tidak ketinggalan untuk turut sama memainkan peranan dalam usaha menjayakan peogram PDK dengan cara menyumbang dana serta peralatan pemulihan.

Katanya, beliau berharap agar masyarakat setempat tampil menyumbang tenaga, idea serta kemahiran yang mereka miliki kepada PDK yang terdapat di kawasan mereka bagi memastikan penglibatan semua pihak dalam usaha membanggunkan potensi golongan tersebut.

(Visited 643 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!