SEGAMAT – Keluarga remaja mangsa kemalangan maut di Taman Wijaya, Labis, di sini, pada 4 September lalu boleh dianggap membuat keputusan mulia selepas nekad mahu mendermakan organ mendiang anaknya.

Tan Siew Mei, 44, berkata, anak keduanya, Tew Hong Bin, 18, terlibat dalam kemalangan selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar sebuah kereta dalam perjalanan pulang dari rumah ibu saudaranya.

“Dia (Hong Bin) mendapat kecederaan parah di kepala dan beberapa lagi anggota badan dan saya hanya dimaklumkan mengenai kemalangan tersebut selepas dihubungi oleh suami yang berada di tempat kerjanya.

“Saya kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan mellihat kepala anak saya berlumuran darah dan tidak sedarkan diri sebelum dia dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Menurutnya, pada awalnya dia bersama suaminya berhasrat untuk memindahkan anaknya ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) namun tidak dibenarkan ekoran anaknya itu mengalami komplikasi dan tekanan darah rendah.

Katanya, pada malam Selasa lalu, doktor mengesahkan keadaan anaknya itu bertambah kritikal selepas otaknya gagal berfungsi sebelum meninggal dunia selepas beberapa jam menerima rawatan.

“Saya kemudian berbincang bersama suami untuk mendermakan organ mendiang anak saya dan pada awalnya doktor memberitahu hanya kornea dan tulang sumsum anak saya yang boleh didermakan.

“Bagaimanapun, pada hari Rabu, doktor memberitahu kami hati, jantung, paru-paru dan buah pinggang anak saya juga layak untuk didermakan dan kami bersetuju kerana yakin ini mampu memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Menurutnya, dia juga terkilan mendiang anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Ibrahim Labis itu tidak sempat untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada bulan November ini.

Sementara itu, organ-organ mendiang diterbangkan ke Pusat Sumber Transplan Nasional Hospital Kuala Lumpur oleh helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

(Visited 634 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!