SEGAMAT – Majlis Daerah Segamat (MDS) telah mewujudkan satu ‘task force’ untuk mengutip tunggakan hasil cukai taksiran bermula bulan Januari lalu dengan harapan masalah tunggakan ini dapat dikurangkan setiap tahun.

Yang Dipertuanya, Miswan Yunos berkata, sehingga 31 Disember 2016, tunggakan cukai taksiran di MDS adalah berjumlah RM4.8 juta dan pihaknya berjaya mengutip semula sebanyak RM448,478 melalui ‘task focre’ tersebut sehingga Februari lalu.

“Tunggakan-tunggakan ini dibahagikan kepada lima kategori iaitu kediaman sebanyak RM2.4 juta, premis perniagaan (RM598,000), pertanian, pencawang dan lot kosong (RM1.4 juta), industry (RM144,000) dan pemancar (RM180,000).

“Perancangan untuk mengelakkan pembayar cukai membayar awal dan mengikut masa yang ditetapkan juga turut dilaksanakan dengan memberi insentif kepada pembayar cukai, cabutan bertuah dan cenderamata kepada yang terawal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MDS Bulan Mac 2017 di Bilik Mesyuarat MDS, di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, kutipan hasil ini juga dapat membantu MDS merancang untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dan sebagai pemangkin utama bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.

“Di sinilah juga peranan Ahli Majlis untuk mengingatkan masyarakat setempat mengenai kewajipan mereka sebagai pembayar cukai dan kegagalan ini menyebabkan MDS tidak dapat memberikan perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat.

“Terdapat banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh MDS pada tahun ini dan akan datang terutama cabaran dalam menghadapi kenaikan kos operasi dan meningkatkan hasil selain terpaksa berdepan kekangan kewangan akibat tunggakan kutipan hasil ini,” katanya.

Pada masa sama, MDS juga telah merancang untuk menjadikan Gerai MDS di Jalan Muar, di sini, sebagai destinasi utama bagi pengunjung singgah untuk menjamu selera selain akan menaiktaraf kemudahan-kemudahan yang ada.

Katanyanya, antara kemudahan yang akan dinaiktaraf adalah penggantian kerusi, pemasangan jalur lebar tanpa wayar (WiFi), pemasangan lamppu hiasan dan pemasangan gegantung diod pemancar cahaya (LED).

(Visited 300 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!