SEGAMAT – Majlis Daerah Segamat (MDS) akan menguatkuasakan peraturan penggunaan perangkap minyak dan teknologi mikroorganisma efektif (EM) di premis-premis makanan untuk mengelakkan longkang tersumbat sehingga menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

Yang Dipertuanya, Miswan Yunos berkata, peraturan tersebut dibuat hasil lawatannya ke beberapa lokasi premis perniagaan terutamanya premis makanan yang mendapati tahap kebersihan yang kurang memuaskan dan perlu dipertingkatkan.

“Kami telah merancang untuk menjadikan gerai MDS di Jalan Muar, di sini, sebagai destinasi utama bagi pengunjung singgah untuk menjamu selesa dan juga akan menaiktaraf kemudahan surau dan tandas bagi memberikan keselesaan kepada orang ramai.

“Tahap kebersihan premis-premis ini akan dipantau oleh MDS dan saya berharap semua penyewa premis dapat bersama-sama meningkatkan tahap kebersihan premis masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika Mesyuarat Penuh MDS Bulan Februari di Bilik Mesyuarat MDS, di sini, kelmarin.

Menurutnya, kursus pengendalian makanan juga akan dilaksanakan dengan lebih kerap untuk memastikan kebersihan makanan yang disediakan kepada orang ramai terjamin.

“Penyewa premis yang gagal mematuhi syarat MDS dan mendapat penggredan rating kebersihan penyediaan makanan yang rendah akan diberi notis supaya mengambil tindakan yang perlu untuk meningkatkan tahap kebersihan yang ditetapkan.

“MDS akan sentiasa bertindak proaktif dalam menanganai isu kebersihan ini dan selain premis makanan, kami juga akan mengenalpasti tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes termasuk di setiap zon ahli majlis,” katanya.

Menurutnya, bagi meningkatkan tahap kebersihan bandar, MDS sedang mengatur strategi dan mengenalpasti zon yang boleh dijadikan calon untuk menyertai pertandingan Anugerah Taman Perumahan Bersih sama ada di peringkat daerah dan negeri.

Katanya, pertandingan ini akan diadakan setiap dua tahun sekali dan bertujuan memberi galakan kepada penduduk setempat supaya menjadikan kebersihan persekitaran sebagai amalan harian mereka.

(Visited 270 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!