Penduduk daerah ini terutamanya golongan muda dijemput hadir beramai-ramai ke program ‘Jumpe MB @ Segamat’ di Laypark Cafe, Jalan Sultan pada 17 Januari ini (Ahad) pukul 12 tengahari.

Selamat datang MB Johor

Program yang julung kali diadakan itu juga bersempena lawatan kerja Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Norden selama dua hari ke daerah ini dan dikesempatan itu juga MB menggunakan ruang yang ada untuk bertemu dengan golongan belia Segamat.

Selain merasmikan Laypark Cafe tersebut, MB juga berkenan untuk berjumpa dan meluangkan masa bersama NGO-NGO belia termasuk barisan admin Komuniti Facebook Segamat (KFBS).

Pelbagai acara yang akan diadakan mulai jam 10 pagi, selain daripada jualan Car Booth Sale Segamat, juga terdapat persembahan permainan kasut roda, papan luncur dan Flashmob Zapin.

Oleh itu, peluang keemasan ini tidak seharusnya dilepaskan serta dibiarkan begitu sahaja oleh orang muda Segamat dan marilah kita berharap agar lawatan MB pada awal tahun ini mampu memberikan khabar gembira buat kita semua.

(Visited 625 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!