LABIS – Seorang penumpang hadapan sebuah kereta maut selepas kereta yang dinaikinya bersama rakannya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 130 Johor Bahru-Seremban berhampiran Kampung Desa Temu Jodoh, 5 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Raub Selamat berkata, dalam kejadian kira-kira 7.15 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Nor Badiq Ussamar Othman, 34, berasal dari Jerantut, Pahang.

“Ketika kejadian, mangsa dan rakannya yang memandu kereta Perodua Kenari itu dari arah Seremban hendak pergi ke Kluang dan sewaktu tiba lokasi kejadian, kereta yang dinaiki mereka telah melanggar belakang lori treler yang diparkir di tepi jalan.

“Akibat pelanggaran tersebut, kereta yang dinaiki mangsa dan rakannya itu telah terbabas ke tengah jalan sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana tersepit dan kecederaan parah di beberapa anggota badan,” katanya kepada Komuniti Segamat.

Menurutnya, rakan mangsa yang belum dikenalpasti identitinya mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Daerah Segamat (HDS) menaiki ambulans manakala pemandu lori treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kereta yang dinaiki mangsa juga akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Segamat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Labis, Mohd Taha Husain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan yang dibuat oleh orang awam melalui talian Malaysian Emergency Response System (Mers 999).

“Sebuah jentera dengan enam anggota kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian dan kami mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

“Pemandu kereta tersebut dibantu oleh orang awam yang berada di kawasan kejadian dan kami turut menyerahkan barangan milik mangsa yang berbentuk wang tunai sebanyak RM569, telefon bimbit dan dompet mangsa kepada pihak polis,” katanya.

(Visited 497 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!