SEGAMAT – Mangsa banjir yang telah dibenarkan pulang di sekitar daerah ini mengambil peluang cuaca cerah sejak beberapa hari lalu untuk mengemas dan membersihkan rumah mereka yang terjejas banjir.

Halim Othman, 50, dari Kampung Tenang berkata, dia yang dibenarkan pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu juga masih mengambil langah berjaga-jaga kerana bimbang berlakunya gelombamg kedua seperti yang dilaporkan di media.

“Semalam (kelmarin) cuaca sudah cerah, namun hari ini (semalam) hujan turun semula,walaupun tidak lebat dan saya bimbang kerana ramalan cuaca meramalkan negeri ini akan mengalami hujan beberapa lagi.

“Walau bagaimanapun saya tetap membersihkan rumah seperti biasa dan boleh dikatakan hampir semua kelengkapan rumah saya musnah kerana tidak sempat diselamatkan berikutan air naik terlalu cepat,” katanya kepada Komuniti Segamat.

Katanya, dia sekeluarga berpindah ke pusat permindahan pada pukul 1 pagi Selasa lalu selepas rumahnya yang terletak kira-kira 30 meter dari Sungai Tenang dinaiki air kira-kira satu meter.

Isterinya, Aida Ramli, 40, yang bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kesihatan di Klinik Pekan Air Panas berkata, mereka sekeluarga memerlukan sekurang-kurangnya tiga hari untuk membersihkan rumahnya.

Katanya, mereka perlu mengeluarkan dan mengasingkan perabot serta peralatan yang telah rosak sebelum boleh membasuh rumah selain bemum menganggarkan jumlah kerugian yang dialami.

Menurutnya, keadaan cuaca yang kadang kala hujan menyebabkan proses kerja-kerja membersihkan rumah tergendala dan memakan masa untuk mengeringkan peralatan yang basah.

Bagi Mohd Radzi Abdul Aziz, 38, berkata, dia terpaksa meminta bantuan rakan-rakan lain untuk membersihkan lumpur di dalam rumah dan mengeluarkan perabot yang basah.

“Kebanyakan barangan di dalam rumah rosak kerana air paras air di dalam rumah melebihi satu meter dalam dan saya tidak sempat menyelamatan barangan sebelum berpindah tempoh hari.

“Banjir kali ini tidaklah sebesar banjir pada tahun 2011 dimana air ketika itu hampir dua meter di dalam rumah saya dan saya berharap hujan yang turun tidak berpanjangan kerana jika berlaku gelombang kedua biasanya air lebih dalam,” katanya.

(Visited 316 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!