LABIS – Badan korporat diminta agar sentiasa menghayati maksud anjakan ke sembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 yang mengalakkan kerjasama meluas pihak sekolah dengan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta.

Pengarah Syarikat STU Asia Bhd, Hashim Mohd Kalang berkata, penglibatan pihak swasta dalam sebarang program anjuran sekolah harus dipertingkatkan selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh badan korporat di sekolah mampu melonjakkan prestasi pelajar dan sekolah sekaligus melahirkan golongan pelajar yang mampu meyumbang kembali kepada masyarakat apa bila menamatkan pengajian mereka nanti.

“Saya juga berharap masyarakat tidak mempolitikkan kehadiran badan korporat di sekolah kerana kehadiran mereka hanyalah bertujuan untuk membantu dan menyahut seruan kerajaan yang mahu penglibatan pihak korporat dalam program di sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Guru Penyayang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Cantuman Chaah, di sini, semalam.

Pada majlis tersebut seramai 12 pelajar dan guru yang menyambut ulang tahun kelahiran sepanjang Januari hingga Mac tahun ini di sekolah tersebut diraikan.

Sementara itu, Guru Besar sekolah tersebut, M Givarani berkata, walaupun sekolah tersebut mendapat peruntukan daripada kerajaan, namun penglibatan dan sumbangan dari pihak swasta amat membantu dalam melancarkan penganjuran sebarang program di sekolah.

“Kehadiran mereka yang telah berjaya dalam kerjaya masing -masing mampu memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar untuk berusaha lebih kuat bagi mencapai kejayaan cemerlang.

“Saya harap usaha Syarikat STU Asia Bhd yang menyahut seruan kerajaan untuk melibatkan diri secara langsung dengan pihak sekolah dapat membuka mata dan menjadi perintis kepada badan korporat lain untuk turut serta menyumbang kepada sekolah di daerah ini,” katanya.

(Visited 1,040 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!