Masjid Naemah Kampung Melayu Raya
Sejarah
Berdasarkan daripada penceritaan orang lama (orang tua), dalam tempoh pencarian tapak yang sesuai untuk membina masjid, telah ditakdir Allah, mereka yang dipertanggungjawabkan untuk memilih tapak masjid telah mendengar azan Subuh dari atas bukit.
Hasil perbincangan dikalangan mereka, semuanya telah sepakat untuk memilih tapak masjid di atas bukit (lokasi masjid sekarang) tempat di mana mereka mendengar suara azan tersebut.
Bermodalkan wang sebanyak RM3000 hasil sumbangan dari Puan Naemah, iaitu ibu kepada Encik Ali bin Raya, masjid di Kampung Melayu Raya, Segamat telah dibina pada tahun 1949.
Pembinaan masjid ini telah mengambil masa lebih kurang 3 tahun dan siap pembinaannya pada 4 November 1952 bersamaan 10 Safar 1371.
Kerja-kerja pembinaan masjid ini mengambil inspirasi daripada Masjid Agung Demak Indonesia dan Masjid Nabawi. 4 batang tiang seri yang terdapat di dewan solat utama merupakan inspirasi daripada Masjid Agung Demak Indonesia.
Kerja-kerja asas pembinaan tiang dibuat pada sebelah malam dimana ia mengikut tarikh yang sama dengan pembinaan Masjid Agung Demak Indonesia.
Kubah asal besar berwarna hijau sempena Masjid Nabawi dan yang tinggal sekarang buah buton yang diperbuat daripada tembaga, hasil kerja tangan Ahmad Agong bin Arshad.
Mengambil sempena pemberi sumbangan iaitu Puan Naemah, maka masjid ini telah dinamakan Masjid Naemah, Kampung Melayu Raya.
Masjid ini telah dirasmikan oleh YAM Tunku Ibrahim Iskandar, Tunku Mahkota Johor (ketika itu) pada tahun 1961.
Alamat : Kampung Melayu Raya 85000 Segamat
Mukim : Pogoh
Pengerusi : Encik Khamis bin Ngadiman
No. Telefon : 0105208311
Salurkan sumbangan anda ke akaun Masjid Jamek Naemah, Melayu Raya (Bank Rakyat), nombor akaun 1100285974.








Who's Online : 1