SEGAMAT – Kolej Komuniti Segamat Dua (KKS2), di sini, menjadi perintis pembekal tenaga mahir dalam industri solar apabila menjadi institusi pengajian tinggi (IPT) pertama memperkenalkan kursus Diploma Teknologi Solar Fotovoltan.

Pengarahnya, Tahir Leemat berkata, pengambilan pertama seramai 20 pelajar juga telah dilakukan pada tahun lalu dan untuk kursus ini mereka akan belajar semasa enam semester meliputi latihan industri.

“Apa yang menariknya mengenai program ini, para pelajar hanya akan belajar teori selama dua semester di KKS2 dan baki selebihnya selama empat semester akan dihabiskan secara praktikal di industri.

Kolej Komuniti Segamat 2

“Ini kerana, kursus-kursus yang ditawarkan di KKS2 sebelum ini hanyalah sijil sahaja dan ini merupakan satu yang baharu dan mampu memberi nilai tambah kepada institusi ini sendiri,” katanya kepada Komuniti Segamat.

Mugshot Tahir Leemat
Mugshot Tahir Leemat

Menurutnya, kewujudan program ini juga dilihat tepat pada masanya selepas kerajaan menyasarkan untuk meluluskan beberapa lagi pelaburan bernilai lebih RM2 bilion dalam industri pengeluaran ber­kaitan panel solar pada tahun ini.

Katanya, beliau juga yakin lepasan pelajar program berkenaan akan menjadi rebutan pihak industri kerana di Malaysia masih kekurangan tenaga mahir dalam bidang tenaga solar selain turut mendapat kerjasama daripada Industri Solar Fotovoltan di Malaysia.

“Kelengkapan pembelajaran untuk program ini juga mencukupi seperti peralatan solar, bengkel solar serta makmal dan saya menggalakkan terutamanya anak muda di daerah Segamat untuk merebut peluang ini.

“Saya yakin usaha me­lahirkan pelajar kolej komuniti yang berdaya saing dapat direalisasikan dengan penumpuan kepada kaedah pengajaran yang terkini dan transformatif menerusi pengukuhan kurikulum seperti di KKS2,” katanya.

(Visited 1,209 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!