SEGAMAT – Bagi memperkasakan jati diri dan mewujudkan identiti Johor dalam kalangan murid-murid sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) telah memperkenalkan program Karektor Murid Johor (KrMJ) bermula sesi persekolahan 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, matlamat program ini bagi memastikan murid Johor mempunyai karektor yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dan dikenali.

“Sasaran program KrMJ ini ialah murid-murid yang bersekolah di Johor sama ada bersekolah menengah atau rendah kerana kita mahu melahirkan murid yang berimej dan beridentiti Johor selain membangunkan gaya kepimpinan yang berkualiti.

“Objektif utama adalah menjalinkan kerjasama, perpaduan dan muafakat dalam kalangan murid pelbagai bangsa di negeri ini dan memupuk minat mereka agar memahami sejarah dan menghargai seni budaya tempatan,” katanya.

Ayub yang juga Adun Kemelah berkata kepada pemberita selepas merasmikan Program KrMJ anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bandar Putra (SKBP) Team Anak Muda Segamat (TAM), di sini, baru-baru ini.

Turut hadir ialah guru besar SKBP, Mohd Yunos Abdul Rahman; Yang Dipertua PIBG SKBP, Ahmad Sulaiman dan Pengerusi TAM, Arief Daniel.

Menurutnya, KrMJ ini akan dilaksanakan di sekolah-sekolah secara tiga fasa dan fasa pertama adalah keseragaman pemakaian kemeja t KrMJ, budaya salam, amalan doa dan lagu patriotik Johor.

“Fasa kedua pula adalah budaya kesantunan, memupuk budaya Johor dan gaya rambut ala Johor, manakala fasa ketiga adalah program kendalian murid dan program kepimpinan.

Menurutnya, bagi gaya rambut ala Johor, ukuran guntingan rambut adalah menggunakan tapak dua dan tiga atau tapak dua dengan bahagian atas rambut tidak melebihi dua inci panjang dan gaya rambut yang pendek dan tidak melebihi dua inci panjang.

Katanya, bagi budaya bersalam dan mencium tangan guru pula hanya dipraktikkan untuk murid-murid Melayu sahaja manakala murid bukan Melayu hanya perlu menundukkan kepala sebgai tanda hormat.

“Kejayaan program ini sama ada di peringkat daerah atau sekolah bergantung kepada komitmen, keterlibatan serta kerjasama semua pihak dan kami (kerajaan negeri) sentiasa menyokong program seperti ini,” katanya.

(Visited 3,452 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!