SEGAMAT – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui mati oleh ibunya sendiri di sebuah bilik sewa keluarganya di Jalan Ros, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat, berkata, terdapat beberapa kesan lebam di badan dan kepala mangsa dipercayai didera.

“Kanak-kanak malang itu ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya di kira-kira jam 1 pagi tadi (semalam) selepas pulang ke rumah sebelum meminta bantuan jiran berhampiran menghubungi pihak hospital.

“Mangsa kemudian dibawa ke wad kecemasan Hospital Daerah Segamat (HDS) namun dipercayai meninggal dunia sebelum sempat diberi rawatan-dan pemeriksaan lanjut menemui beberapa kesan lebam di belakang badan serta kepala mangsa,” katanya.

Lokasi kanak-kanak 2 tahun ditemui mati

Menurutnya, ibu mangsa dan anak lelakinya berumur 22 tahun dan berstatus lembam yang membuat membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, kira-kira jam 6 pagi, semalam, juga turut ditahan untuk membantu siasatan.

Katanya, ibu mangsa juga berstatus ibu tunggal dan tidak mempunyai pekerjaan tetap dan pihaknya akan mendapatkan perintah reman ke atas kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Segamat, hari ini, bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kami meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan,” katanya.

(Visited 284 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!