SEGAMAT – Kira-kira 100 penduduk Kampung Paya Pulai di sini memeriahkan program Jom Kacau Dodol sempena menyambut kedatangan Ramadan di sini baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan (JKKK) Kampung Paya Pulai, Mohamad Alwee,65, berkata, program yang memasuki tahun kedua itu adalah anjuran bersama JKKK, Rukun Tetangga dan Cawangan Paya Pulai.

“Program ini bertujuan merapatkan hubungan dikalangan penduduk tanpa mengira fahaman politik dan peringkat umur.

“Kami memilih dodol kerana tidak ramai yang mengetahui cara-cara membuat kuih tradisional ini selain dapat memberi peluang kepada generasi muda merasai sendiri kemeriahan mengacau dodol secara bergotong-royong,” katanya kepada Komuniti Segamat.

Menurutnya, selain melibatkan penduduk kampung, program tersebut turut melibatkan anggota bomba dan penyelamat dari balai Bomba Bandar IOI dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Segamat.

Katanya, program tersebut berjaya menghasilkan kira-kira 30 kilogram dodol yang dibahagikan kepada peserta secara percuma.

“Saya harap program ini bukan sahaja mampu merapatkan silatulrahim dalam kalangan penduduk dan dalam masa sama mengekalkan tradisi gotong -royong.

“Selain itu melalui program gotong – royong ini juga diharapkan masyarakat mampu mengikis tangapan membuat dodol sesuatu yang sukar,” katanya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap.

(Visited 446 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!