LABIS – Jabatan Penjara Negeri Johor berjaya mengatasi 160 peratus daripada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan untuk melahirkan 150 banduan yang memiliki sijil kemahiran apabila dibebaskan setiap tahun.

Pengarah Jabatan Penjara Johor, Komisioner Abdul Wahab Kassim berkata, penjara bukan sekadar badan yang melaksanakan hukuman pesalah jenayah yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah, tetapi turut berperanan mendidik banduan untuk kembali ke pangkuan masyarakat.

“Rata-rata banduan yang menjalani hukuman penjara diberi pelbagai ilmu kemahiran yang boleh digunakan untuk mengubah kehidupan mereka apabila dibebaskan dan kembali ke pangkuan masyarakat.

“Kebolehan mereka didalam bidang kemahiran turut diiktiraf oleh kerajaan melalui pemberian Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) oleh Lembaga Pembangunan Kemahiran Malaysia dan penjara kini bukan sekadar tempat menghukum banduan”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Program Kembara Merdeka Jelajah Johor Intevensi Orang Di Parol (ODP)/Orang Di Selia (ODS) 2017 di Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok, di sini, baru-baru ini.

Program yang disertai enam enam ODP dan 30 kakitangan Jabatan Penjara Negeri Johor itu turut dirasmikan oleh Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim.

Menurutnya, beliau berharap agar masyarakat memberi peluang kedua kepada golongan tersebut untuk kembali ke pangkal jalan dan megubah kehidupan mereka melalui hubungan baik dan penglibatan masyarakat.

“Masyarakat perlu memberi peluang kedua kepada golongan ini dengan mendekati serta menyediakan peluang pekerjaan seperti yang dilakukan oleh Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) yang mengambil 100 bekas banduan setiap tahun.

“Usaha pihak penjara menyediakan ilmu kemahiran serta kesedaran kepada banduan tidak memberi makna besar sekiranya mereka tidak diberi peluang untuk membuktikan mereka sudah insaf,” katanya.

Pada masa sama, di negeri Johor sahaja terdapat seramai 5,700 banduan dan sejak tahun 2008, lebih 500 banduan telah menjalani pelepasan melalui sistem parol kerana berkelakuan baik sebelum dibebaskan.

Katanya, daripada jumlah tersebut, kes berulang adalah kecil dimana hanya kira-kira tiga peratus sahaja banduan yang telah dibebaskan terlibat semula dengan kes jenayah.

(Visited 347 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!