LABIS – Sebuah keluarga di Felda Chemplak, di sini, hilang punca pendapatan selepas tunggak keluarga tersebut kini terlantar akibat kecederaan saraf tunjang selepas terlibat dalam kemalangan pada Januari lalu.

Herelina Jupri, 32, berkata, suaminya, Salim Khamis, 46, yang bekerja kampung terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kampung Bukit Mambai, di sini, pada 23 Januari lalu.

“Akibat kemalangan tersebut suami saya koma selama seminggu dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Daerah Segamat (HDS) selama dua minggu sebelum disahkan mengalami kecederaan saraf tunjang.

“Dia (suami) kemudian dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru (HSIJB) dan dirawat selama dua minggu sebelum dibenarkan pulang pada minggu lepas,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Menurutnya, selepas kejadian tersebut, dia bersama anak tunggalnya yang sebelum ini tinggal menyewa di Taman Perling, di sini, juga terpaksa berpindah ke rumah keluarga mertuanya di Felda Chemplak.

Katanya, dia yang tidak bekerja juga terpaksa mengharapkan bantuan keluarga mertuanya bagi menampung kos susu serta lampin pakai buang suaminya kira-kira RM700 sebulan selain kos perbelanjaan persekolahan anaknya itu.

“Saya juga telah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan berharap permohonan tersebut diluluskan segera bagi meringankan beban yang ditanggung dan berasa malu kerana terpaksa mengharapkan ihsan keluarga mertua pula.

“Selain perubatan hospital, saya juga telah mencuba rawatan alternatif lain dan saya berharap keadaan kesihatan suami saya kembali pulih seperti sediakala kerana dia merupakan tulang belakang kami selama ini,” katanya.

Sementara itu, penderitaan yang dialami oleh keluarga tersebut mendapat perhatian daripada Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim yang bertindak menghulurkan bantuan segera bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

Menurutnya, melalui pemerhatiannya, keluarga tersebut sememangnya layak mendapat bantuan kerana Salim yang selama ini mencari nafkah menyara keluarga kini terlantar sakit selain memerlukan bantuan untuk menguruskan dirinya.

“Kami memahami penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga ini selepas tunjang keluarga terlibat kemalangan dan terlantar dikatil.

“Saya akan memanjangkan masalah keluarga tersebut kepada pihak berkaitan termasuk meminta proses kelulusan permohonan bantuan JKM dapat disegerakan,” katanya.

(Visited 502 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!