LABIS – Seorang lelaki di Taman Perwira, di sini, terpaksa menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha dengan sedikit perubahan pada dirinya selepas kaki kirinya dipotong pada tahun lalu akibat penyakit kanser kulit.

Halim Ismail, 54, berkata, dia juga mengakui kehidupannya banyak berubah selepas kakinya dipotong dan terpaksa berhenti bekerja di sebuah syarikat pengurusan sisa pepejal di Labis selepas bekerja lebih daripada 15 tahun.

“Sekarang ini saya sudah tiada pendapatan dan hanya bergantung harap kepada tiga orang anak saya yang telah bekerja untuk menyara saya dan isteri selain tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan.

“Saya juga terpaksa menerima hakikat bahawa kaki kiri saya kini sudah tiada dan sebelum kaki saya dipotong sehingga paras lutut, saya terpaksa juga bekerja dengan menahan sakit,” katanya.

Dia ditemui semasa lawatan ziarah kasih Skuad Sayang Wanita Labis yang diketuai oleh Haslinda Salleh, di rumahnya, di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, dia juga terpaksa mengharapkan bantuan dan pertolongan daripada isterinya, Rohana Selamat, 58, untuk bergerak pada awalnya sebelum berdikari sendiri dengan menggunakan tongkat untuk berjalan.

“Hampir setahun saya terpaksa bekerja dengn kaki yang sakit, dan pada awalnya, hanya tapak kaki sahaja yang sakit sebelum keadaan bertambah teruk sehingga saya tidak boleh bergerak langsung.

“Pada mulanya, saya ingat saya menghidap kencing manis dan sewaktu mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Segamat (HDS), doktor mengesahkan saya menghidap kanser kulit dan kuman juga sudah merebak dan perlu dipotong bagi mengelakkan komplikasi,” katanya.

Katanya, selepas kakinya dipotong, dia banyak menghabiskan masa dengan berehat di rumah dan mengharapkan kedatangan Aidiladha pada tahun ini mampu memberinya semangat untuk bangkit semula.

Menurutnya, dia juga mendapat bantuan bulanan sebanyak RM150 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain sudah memperolehi kad orang kelainan upaya (OKU).

“Saya juga bercadang untuk memohon bantuan kaki palsu bagi memudahkan saya bergerak dan sebelum ini saya sudah memohon melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) namun terdapat beberapa masalah yang perlu diselesaikan dahulu.

“Kalau boleh selepas ini saya mahu memohon bantuan seperti motosikal roda tiga kerana saya hendak berniaga secara kecil-kecilan dan tidak mahu menjadikan keadaan diri saya ini sebagai salah satu penghalang untuk mencari rezeki,” katanya.

(Visited 263 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!