LABIS- Pengguna jalan raya yang melalui jalan Yong Peng -Segamat berhampiran sebuah bank di sini, tengahari semalam, gempar apabila mendapati cebisan kertas yang bertaburan di atas jalan raya merupakan cebisan ayat suci al-Quran.

Seorang pekerja pembersihan bank tersebut, Wahir Md Elah, 55, berkata, dia menyedari kejadian tersebut kira -kira pukul 12 tengahari ketika sampai semula ke tempat kerjanya selepas menghadiri hari terbuka di sekolah anaknya.

Pengguna jalan raya mengutip cebisan kertas yang dipercayai keratan ayat al-Quran
Pengguna jalan raya mengutip cebisan kertas yang dipercayai keratan ayat al-Quran

“Ketika sampai semula di hadapan tempat kerja, saya dapati banyak cebisan kertas bertaburan di jalan raya dan apabila diperiksa saya dapati ianya cebisan al- Quran yang telah dikoyak kecil.

“Saya terus mengambil beg plastik dan mengutip cebisan ayat suci berkenaan sebelum dibantu oleh orang ramai yang lalu lalang di kawasan tersebut sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas,” katanya kepada Komuniti Segamat.

Pengguna jalan raya mengutip cebisan kertas yang dipercayai keratan ayat al-Quran
Pengguna jalan raya mengutip cebisan kertas yang dipercayai keratan ayat al-Quran

Menurutnya, dia berasa terkilan diatas kejadian tersebut kerana berlaku di bulan Ramadan dan berharap pihak berwajib segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap si pelaku.

Sementara itu, seorang kakitangan bank yang enggan dikenali berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 12 tengahari dimana ketika itu hanya tafsiran al-Quran sahaja bertaburan di atas jalan raya.

“Kira-kira pukul 1 petang pula, saya dimaklumkan oleh salah seorang pelanggan terdapat sebuah kereta yang membuang cebisan kertas dan apabila diperiksa ianya adalah cebisan al-Quran.

“Saya enggan membuat sebarang andaian berhubung kejadian tersebut, namun ini merupakan kejadian pertama berlaku di sini dan meminta agar siasatan terperinci dilakukan oleh pihak berwajib,” katanya.

Kertas yang dipercayai keratan ayat al-Quran
Kertas yang dipercayai keratan ayat al-Quran

Sementara itu, Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim yang melawat kawasan kejadian meminta umat Islam di sini agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut.

“Kejadian ini memang melukakan hati umat Islam, namun ianya perlu ditangani dengan bijak dan tidak perlu menuding jari kepada pihak tertentu kerana ianya boleh mencetuskan keadaan tidak tenteram.

“Kita serahkan perkara ini kepada pihak berwajib untuk membuat siasatan termasuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi memastikan kejadian ini disengajakan atau sebaliknya,” katanya.

(Visited 880 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!