SEGAMAT – Pasaraya Econsave Segamat berjaya mengumpul lebih daripada 1,000 helai pakaian terpakai selain beberapa sumbangan bahan makanan dan bukan makanan melalui Projek Bantuan Pasca Banjir Econsave.

Pengurusnya, Rusihan Hadi berkata, projek yang bermula pada awal Februari lalu juga turut menerima sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat dan pengunjung pasaraya tersebut yang prihatin terhadap kesukaran yang dialami oleh mangsa banjir.

“Pada awalnya, projek ini kami adakan selama beberapa hari sahaja, namun terpaksa dilanjutkan berdasarkan permintaan penduduk setempat sendiri sehingga bakul besi yang disediakan untuk mengumpul barangan tidak mencukupi.

“Kami menyerahkan sendiri sumbangan ini kepada mangsa banjir di sekitar Dun Buloh Kasap dan berharap sumbangan ini mampu meringankan sedikit bebanan mereka,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga akan menyerahkan baki sumbangan tersebut kepada Pusat Khidmat Masyarakat Dun Buloh Kasap untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir yang memerlukan.

Sementara itu, Adun Buloh Kasap, Norshida Ibrahim berkata, walaupun hampir sebulan bencana banjir yang melanda daerah ini berlalu, beliau terharu masih ada pihak yang prihatin terhadap kebajikan mangsa-mangsa banjir ini.

“Apa yang ditunjukkan oleh Pasaraya Econsave perlu dicontohi oleh syarikat-syarikat swasta atau badan bukan kerajaan (NGO) kerana ada mangsa-mangsa banjir ini yang mengalami kerugian besar akibat banjir,” katanya.

(Visited 502 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!