SEGAMAT – Pasaraya Econsave Segamat, semalam, melancarkan Tabung Mangsa Banjir bagi me­ngumpul barang dan dana untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di daerah ini yang terjejas dalam kejadian banjir, baru-baru ini.

Pengurusnya, Rusihan Hadi berkata pihaknya juga turut menyediakan dua bekas besi masing-masing bagi mengumpul sumbangan barangan makanan dan barang bukan makanan yang diletakkan berhampiran pintu keluar pasaraya tersebut.

“Kutipan sumbangan daripada orang ramai dibuka sehingga 8 Febuari ini dan saya mengharapkan kerjasama penduduk daerah ini untuk tampil menghulurkan sumbangan termasuk pakaian terpakai.

“Sebelum ini, kami pernah melancarkan Tabung Gaza dan mendapat sokongan yang menggalakkan daripada penduduk Segamat dan saya berharap hasrat kami untuk meringankan beban masa banjir pada kali ini tercapai,” katanya kepada Komuniti Segamat.

Menurutnya, kutipan tersebut juga dilakukan berdasarkan pemerhatiannya sendiri ketika menghantar sumbangan ke pusat pemindahan banjir, baru-baru ini, selain merasakan masih ramai lagi mangsa banjir di daerah ini yang memerlukan bantuan.

Katanya, pihaknya juga akan menjalinkan kerjasama dengan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Buloh Kasap selepas tempoh kutipan ini tamat bagi mengagihkan sumbangan barang-barangan tersebut.

“Walaupun baharu dilancarkan hari ini (semalam), saya melihat sendiri sambutan yang baik daripada pelanggan pasaraya ini dan ada yang berbelanja semata-mata untuk diletakkan di dalam bekas sumbangan ini.

“Bagi saya, ini merupakan permulaan yang baik dan mereka yang ingin menghulurkan sumbangan barang-barangan boleh datang ke pasaraya ini bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari,” katanya.

(Visited 374 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!