LABIS – Seorang lelaki di Perumahan Awam Labis, di sini, sanggup berhenti kerja sebagai seorang pemandu bas ekspres sejak beberapa bulan lalu semata-semata mahu menjaga ibunya yang mengidap angin ahmar.

Syahab Atan, 55, berkata dia mengambil keputusan berhenti kerja kerana ingin memberi menjaga ibunya, Enah Mohd Said, 79, yang diserang angin ahmar sejak 10 tahun lalu.

“Sebelum ini ibu saya tinggal bersama adik saya, namun sejak beberapa bulan lalu, saya terpanggil untuk menjaga ibu selepas tidak berpeluang berbuat demikian kerana sibuk dengan tugas.

“Kami suami isteri merasakan ini adalah masa yang paling sesuai untuk kami menjaga ibu, memandangkan kesemua tiga anak saya sudah berumahtangga berbanding adik beradik lain yang masih masih mempunyai tanggungan,” katanya kepada Komuniti Segamat.

Menurutnya, dia tidak boleh menyerahkan sepenuh tanggungjawab menjaga Enah kepada isterinya, Aminah Saini, 51, kerana isterinya juga mengalami masalah sakit kaki dan tidak boleh berdiri terlalu lama.

Katanya, ibunya kini tidak boleh bercakap dan bergerak serta terpaksa mengharap bantuan orang lain untuk membantunya menguruskan diri selain dia dan isterinya terpaksa mengangkat ibunya setiap kali untuk mandi ekoran tidak mempunyai kerusi roda.

“Saya juga bercadang untuk memohon bantuan kerusi roda serta kos membeli lampin pakai buang kira-kira RM 300 sebulan daripada Jabatan Kebajukan Masyarakat (JKM) kerana kami tidak pernah memohon sebarang bantuan sebelum ini.

“Walaupun belanja mengurus ibu saya tidaklah sebanyak mana, namun saya berharap bantuan tersebut mampu meringankan beban kami nanti,” katanya.

(Visited 345 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!