SEGAMAT – Pasangan yang ingin berkahwin dinasihatkan agar menjalani pemeriksaan talasemia bagi mengetahui sama ada mereka pembawa gen penyakit itu atau sebaliknya.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Buloh Kasap, Norshida Ibrahim berkata, pembawa gen talasemia berdepan dengan risiko mendapat zuriat yang mempunyai masalah darah hingga memerlukan rawatan yang kerap.

“Pasangan pembawa gen talasemia mempunyai risiko satu dalam empat mendapat zuriat menghidap talasemia dan bayi yang dilahirkan dengan talasemia major terpaksa mendapatkan pemindahan darah yang kerap untuk terus hidup.

“Bayi itu juga perlu menerima rawatan bagi kesan sampingan yang timbul akibat kerap menerima pemindahan darah hingga boleh merosakkan organ penting,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Hari Talasemia Peringkat Hospital Daerah Segamat (HDS) di Dewan Perdana HDS, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah HDS, Dr Mokhtar Ahmad dan Penolong Pegawai Daerah Segamat, Mohd Fahmi Zakaria.

Menurutnya,talasemia juga adalah sejenis penyakit keturunan yang menggangu pembentukan sel darah merah dan oksigen yang menjadi sumber tenaga tubuh manusia tidak dapat dibawa ke organ yang memerlukannya.

Akibatnya, pesakit perlu mendapatkan pemindahan darah dengan kerap serta mempunyai risiko kerana mengakibatkan pengeluaran zat besi yang berlebihan.

“Jika pemindahan darah berlaku dengan kerap zat besi akan berkumpul dalam organ seperti hati dan akhirnya menyebabkan organ tersebut rosak dan tidak berfungsi dengan baik.

“Ini amat membebankan pesakit hingga menyebabkan ramai daripada mereka mengabaikan rawatan itu hingga membawa kepada masalah kesihatan lain serta harga ubat yang mahal sehingga boleh mencecah RM49,275 setahun,” katanya.

(Visited 282 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!