LABIS – Kegembiraan jelas terpancar pada wajah 33 generasi kedua Felda Tenang apabila penantian mereka selama lima tahun untuk menerima notis 5A di Dewan Semai Bakti, Felda Tenang, di sini, berakhir.

Seorang penerima, Sazali Hussin, 59, berkata, dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Selayang, Selangor juga tidak sabar untuk berpindah semula ke kampung halamannya selepas berpencen kelak.

“Bagaimanapun, saya secara peribadi tidak menyangka proses permohonan yang dilakukan secara beramai-ramai yang pada tahun 2012 lalu diluluskan oleh kerajaan negeri dengan begitu cepat.

“Ini juga membuktikan kerajaan dan Felda serius dalam membantu kami (generasi kedua) dalam isu pemilikan tanah dan rumah dan sekiranya tiada inisiatif ini, saya mungkin tidak akan memiliki tanah,” katanya.

Dia ditemui semasa Majlis Penyampaian Notis 5A Generasi Kedua Felda Tenang yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong.

Turut hadir ialah Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim; Pentadbir Tanah Daerah Segamat, Mohd Masni Wakiman; Ketua Wanita Umno Bahagian Labis, Haslinda Salleh dan Ketua Kampung Felda Tenang, Darham Daud.

Sementara itu, Abdul Rahim Abdullah, 55, menyifatkan kelulusan permohonan tersebut sebagai hadiah tahun baharu kepada keluarganya yang setakat ini bekum memiliki sebidang tanah sama ada untuk tujuan pertanian atau kediaman.

Abdul Rahim Abdullah

“Saya juga akan berusaha menyediakan wang premium sebanyak RM3,745 yang perlu dibayar dalam tempoh beberapa bulan selepas ini sebelum membersihkan kawasan tersebut untuk langkah seterusnya.

“Saya juga tidak menolak kemungkinan untuk mendirikan rumah di tanah tersebut memandangkan ketika ini saya bersama isteri dan lapan anak masih menumpang di rumah peninggalan orang tua saya,” katanya.

Bagi Hasbullah Idris, 45, berkata, disebalik kegembiraan permohonannya untuk mendapat tapak rumah kediaman berjaya, timbul perasaan gusar selepas ini apabila dia terpaksa membayar harga premium tanah seperti yang telah ditetapkan.

“Saya perlu membayar premium sebanyak RM3,745 dalam tempoh tiga bulan ini dan bagi saya yang hanya bekerja kampung, jumlah tersebut adalah besar tetapi saya akan berusaha untuk mendapatkannya.

“Sekarang ini saya sekeluarga menumpang di rumah keluarga saya dan kami sekeluarga amat berterima kasih kepada kerajaan negeri yang memberi perhatian kepada permohonan kami yang rata-rata tidak mempunyai tanah,” katanya.

Sementara itu, Tee Yong berkata, pemberian notis 5A ini merupakan fasa kedua selepas fasa pertama sebanyak 248 penerima telah dilakukan beberapa tahun dahulu menjadikan jumlah keseluruhan penerima notis ini seramai 281 orang.

Menurutnya, penerima juga boleh mengemukakan bayaran premium secara ansuran maksimum sebanyak empat kali atau memohon lanjutan dengan membuat permohonan di Pejabat Tanah Daerah Kecil Labis.

(Visited 632 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!