SEGAMAT – Pejabat Daerah Segamat melupuskan 263 slot mesin judi yang dirampas dalam operasi bersepadu sepanjang tahun lalu di stor pelupusan Majlis Daerah Segamat (MDS), baru-baru ini.

Pegawai Daerah Segamat, Mohd Haffiz Ahmad berkata, barangan itu hasil rampasan daripada beberapa serbuan di sekitar daerah ini sejak bulan September hingga Oktober tahun lalu selain kebanyakan premis didapati beroperasi tanpa lesen yang sah.

“Kami akan terus menjalankan operasi daripada semasa ke semasa dengan membuat serbuan dan rampasan, selain barang yang disita tidak akan dikembalikan dan dibuat pelucutan hak oleh mahkamah, manakala Pejabat Daerah turut mengambil tindakan di bawah enakmen hiburan.

“Pihak berkuasa termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah ini juga sentiasa memantau dan membasmi kegiatan mesin slot judi yang kini licik menggunakan pelbagai helah,” katanya kepada pemberita.

Katanya, tindakan pelupusan mesin slot yang dianggarkan bernilai ratusan ribu ringgit ini juga dilakukan di bawah Enakmen Lesen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998.

Menurutnya, bagi mencapai kelestarian daerah ini, beliau turut meminta masyarakat agar tampil memberi maklumat sekiranya terlihat atau mengetahui terdapat sebarang aktiviti yang menyalahi dasar dan undang-undang.

(Visited 380 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!