February, 2018
Karnival Muafakat Belia dan Penduduk Kampung
Apa khabar orang Segamat! Hujung minggu ni tak ada aktiviti? Tak pe, jangan risau kerana pada 2 dan 3 Mac 2018 ini ada Karnival Muafakat Belia dan Penduduk Kampung di Padang SK Kampung Tengah, Segamat.
Macam-macam aktiviti yang telah disusun oleh pihak penganjur sepanjang dua hari program berlangsung, antaranya:
▶ Program Johor Mahir (2.3.2018)
▶ Pertandingan Bola Jaring Tertutup (2.3.2018)
▶ Pertandingan Futsal (2.3.2018)
▶ Ceramah Perdana Dato’ Ustaz Kazim Elias (2.3.2018)
▶ Pertandingan Sukaneka (3.3.2018)
▶ Pertandingan Gubahan (3.3.2018)
▶ Pertandingan Masakan (3.3.2018)
▶ Tukar Minyak Hitam Motosikal Percuma (3.3.2018)
▶ Persembahan Busking (2&3.3.2018)
▶ Bersama Artis – Ebby Yus, Maya Matahari, Wahid Senario & Putih (2&3.3.2018)
▶ Program Bual Bicara Bersama Pemimpin (3.3.2018)
▶ Penyerahan Bantuan Kepada Asnaf (3.3.2018)
▶ Jualan (1-3.3.2018)
▶ Persembahan Korsert dan Kebudayaan (3.3.2018)
▶ Jualan Tiket Cabutan Nombor Bertuah

Apa yang menarik, program anjuran Belia 4B Sekijang ini mendapat kerjasama enam kampung. Wow!!
Antara kampung-kampung yang terlibat ialah Jalan Pemuda, Kampung Tangjauh, Kampung Mengkudu, Kampung Tungku 3, Kampung Bukit Lintang & Kampung Tengah.
Jadi, tunggu apa lagi warga Segamat, kita bagi serbu program ini.
Jumpa di sana!!!!

Hospital Segamat cari waris mayat
SEGAMAT – Hospital Daerah Segamat (HDS) meminta bantuan orang ramai untuk mengesan dan mencari waris mayat yang tidak dituntut di Rumah Mayat HDS.
Pengarahnya, Dr Mokhtar Ahmad berkata, Lim Hock Beng, 75, meninggal dunia pada jam 2.20 petang 5 Februari lalu lalu dan sehingga kini mayatnya itu tidak dituntut.
“Alamat terakhir si mati adalah di Persatuan Kebajikan Kasih Segamat manakala alamat di dalam kad pengenalannya pula adalah di Kampung Jawa, Segamat.
“Saya meminta ahli keluarga atau orang ramai yang mengenali si mati ini dapat menghubungi HDS untuk urusan selanjutnya atau menghubungi Jabatan Forensik HDS di talian 079433333,” katanya dalam satu kenyataan.
Yok ke Fiesta Sehati @ RTM Peringkat Negeri Johor
Orang Segamat nak masuk tv dan radio tak??
Ha..kalau nak, mari ramai-ramai datang ke Fiesta Sehati @ RTM Peringkat Negeri Johor yang akan diadakan di Dataran Segamat selama dua hari pada 9 dan 10 Februari ini.
Dikhabarkan RTM juga akan membuat lintas langsung rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) dan rakaman-rakaman lain dan inilah masanya orang Segamat nak keluar tv.
Bukan itu sahaja, orang Segamat juga berpeluang berjumpa dengan penyampai-penyampai radio Johor FM, Nasional FM, Klasik FM dan jangan tak tahu, ada orang Segamat tau yang jadi penyampai radio Johor FM. Siapa? Datang la sendiri nanti jika anda nak tahu.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang dua hari fiesta ini berlangsung seperti pameran jabatan dan agensi, gerai jualan, kaunter perkhidmatan bayaran cukai, saman dan lesen dan program derma darah.
Ada juga ceramah agama dari Ustaz Ebit Liew, Konsert Fiesta Sehati @ RTM, persembahan artis-artis tempatan seperti Yabang, Ameng, Bagio, Najwa & A Rahman Kamarudin serta Majlis Graduasi Pentauliahan dan Pengiktirafan ARPRM Tahun Penilaian 2017 Peringkat Daerah Segamat.
Ada juga perkhidmatan bas bergerak , Klinik Pergigian, SPR, JPJ, BOMBA. Pendek kata macam-macam ada. Ayuh warga Segamat semua dijemput hadir memeriahkan fiesta ini. Tak kan nak duduk rumah je hujung minggu ni!!




