Menu Utama

September, 2015

 

Racing FC dan PPNJ FC wakil Segamat

Persatuan Bola Sepak Daerah Segamat telah menyenaraikan dua pasukan bagi mewakili daerah Segamat untuk bertanding dalam kejohanan Liga Bola Sepak Piala Menteri Besar Johor 2015 yang bermula pada 25 September 2015 dan dijangka berakhir pada 7 November depan.

20 pasukan akan berentap merebut Piala Menteri Besar Johor yang telah dibahagikan dalam empat kumpulan termasuk Racing FC dalam kumpulan B dan PPNJ FC pula dalam kumpulan D.

Kedua-dua pasukan ini merupakan wakil bagi daerah Segamat yang telah dipilih oleh Persatuan Bola Sepak Daerah Segamat untuk beraksi dalam kejohanan Liga Bola Sepak Piala Menteri Besar Johor.

Mohd Faizal Mohamed Said, Pengurus Racing FC berkata pasukan mereka akan memulakan perlawanan kumpulan B pada hari esok, 26 September 2015 mulai jam 4.45 petang bertempat di Padang B Batu Hampar, Segamat.

Manakala bagi PPNJ FC akan memulakan persaingan dalam kumpulan D pada 2 Oktober 2015 mulai jam 4.45 petang di lokasi yang sama.

Liga Bola Sepak Piala Menteri Besar Johor 2015 merupakan salah satu program sukan yang dianjurkan kerajaan negeri menerusi Majlis Sukan Negeri dengan kerjasama Majlis Sukan Daerah dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor.


Karnival Muafakat Komuniti 1 Malaysia Peringkat Negeri Johor

Sempena cuti sekolah minggu ini satu Karnival Muafakat Komuniti 1 Malaysia Peringkat Negeri Johor diadakan bermula pada 15 September 2015 sehingga 27 September 2015 bertempat di Dataran Segamat. Program yang diadakan ini dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Johor, Pejabat Penerangan Segamat dan Majlis Daerah Segamat.

Macam-macam aktiviti menarik yang diadakan sepanjang karnival berlangsung selain daripada beberapa unit khemah jualan pelbagai aneka barangan. Antara aktiviti sepanjang karnival ini berlangsung sebagaimana di bawah :-

15 September 2015 – Pendaftaran peserta karnival

16 September 2015 – Artis Jemputan Ayie LEON

17 September 2015 – Qasidah

18 September 2015 – Kelab 1 Malaysia, Walk Hunt, Pertandingan Karaoke (Saringan)

19 September 2015 – Zumba, Sukan Rakyat, Pertandingan Karoake Akhir, Cabutan Bertuah Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Gubahan Bunga, Pameran Agensi & bersama Artis Nas Adila

20 September 2015 – Artis Jemputan Isa Handy Black

21 September 2015 – Live Band

22 September 2015 – Kebudayaan Johor

23 September 2015 – Artis Jemputan Bandi AMOK

24 September 2015 – Aidiladha

25 September 2015 – Artis Jemputan

26 September 2015 – Live Band

27 September 2015 – Artis Jemputan Jamboo & Burnmark