Menu Utama

March, 2015

 

“Dangdut Rimba” diperiksa lagi

SEGAMAT – Berdasarkan rungutan dan aduan daripada masyarakat awam, Ketua Polis Balai Segamat, Insp Mohd Toher telah merancangkan satu Ops Bersepadu bersama Jabatan Agama Islam Daerah Segamat dan Majlis Daerah Segamat mengadakan pemeriksaan mengejut di tiga buah kedai makan di sekitar Lebuhraya Segamat – Kuantan sehingga persimpangan masuk jalan ke Felda Pemanis Segamat.

Tepat pada jam 10 malam, beliau yang mengetuai Ops Bersepadu berkenaan telah mengadakan taklimat dan panggil nama di perkarangan balai, dimana enam anggota dari Balai Polis Segamat, empat anggota dari Majlis Daerah Segamat dan empat anggota dari Jabatan Agama Islam Segamat turut terlibat dalam Ops berkenaan.

Menurut Insp Mohd Toher, pemeriksaan dilakukan adalah disebabkan rungutan dan aduan orang awam behubung tiga buah kedai makan tersebut yang dikenali sebagai “Dangdut Rimba” ada menjalankan penjualan air ketum, arak dan juga menyediakan pelayan wanita. Walaubagaimanapun, semasa pemeriksaan dijalankan, satu daripada kedai makan tersebut didapati tutup manakala dua lagi didapati beroperasi seperti biasa.

Beberapa anggota penguatkuasa sedang membuat pemeriksaan terhadap pengunjung "Dangdut Rimba"

Beberapa anggota penguatkuasa sedang membuat pemeriksaan terhadap pengunjung “Dangdut Rimba”. | Gambar dan artikel oleh Polis Daerah Segamat

Ini merupakan serbuan dan pemeriksaan kali kedua yang telah dijalankan oleh pihak polis berikutan aduan orang ramai. Pemeriksaan pertama dijalankan pada pertengahan bulan puasa yang lalu kerana sebahagian penduduk yang tidak senang dengan sikap pengusaha kedai makan tersebut yang menjalankan perniagaan berkenaan pada bulan Ramadhan.

Menurut Insp Mohd Toher juga, pihak polis akan sentiasa memantau kegiatan perniagaan di kedai-kedai makan yang menjalankan kegiatan yang boleh menimbulkan rasa kurang senang masyarakat setempat dan akan mengambil tindakan jika didapati aduan tersebut benar berlaku.

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor

Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor adalah suatu istiadat diraja Johor yang memahkotakan Sultan Ibrahim selaku Sultan Johor ke-5 dengan mahkota kerajaan negeri. Istiadat ini diadakan pada 23 Mac 2015 di Istana Besar Johor, Johor Bahru.

Istiadat Kemahkotaan ini diadakan bukan dengan kuasa dan kehendak undang-undang bahkan ia merupakan warisan tradisi Diraja Johor mengikut fasal 4, bahagian ke-5 Lembaga

Lintas langsung Kemahkotaan Sultan Johor melalui stesyen televisyen RTM1

Lintas langsung Kemahkotaan Sultan Johor melalui stesyen televisyen RTM1

Aturan bagi Perintah Majlis Raja, Majlis Istana dan Agama 1922 memperuntukan kemahkotaan boleh diadakan pada sebarang masa mengikut budi bicara dan kehendak Sultan Johor.

Kali terakhir Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor ialah kemahkotaan DYMM Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Sultanah Ungku Tun Aminah pada 10 Februari 1960.

Istiadat yang diperkenalkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar ini memaparkan kesinambungan tiga unsur budaya yang mempengaruhi Kesultanan Johor Moden iaitu Melayu, Islam dan Barat.

Istiadat ini diadakan secara eksklusif dengan kehadiran Raja-raja Melayu Malaysia dan Brunei, Perdana Menteri Malaysia, Perdana Menteri Singapura, kerabat terdekat Sultan Johor dan dif-dif kenamaan. Walau bagaimanapun, rakyat kebanyakan negeri dapat menyaksikan perjalanan Istiadat Kemahkotaan itu secara langsung melalui televisyen di RTM1 atau boleh layari laman web rasmi Kemahkotaan Johor.


‘Ultraman’ pecah masuk pasaraya

SEGAMAT – Sebuah pasaraya di Jalan Kekwa, di sini, kerugian kira-kira RM2,000 apabila pasaraya berkenaan dipecah masuk oleh seorang lelaki yang memakai topeng Ultraman, awal pagi kelmarin.

Penyelia keselamatan pasaraya tersebut, Wan Norizan Wan Idris, 44, berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi itu, kelibat suspek memecah masuk pasaraya itu berjaya dirakam oleh empat kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar kawasan tersebut.

“Suspek yang memakai topi itu memecah masuk ke dalam pasaraya ini dengan memanjat pada tiang bahagian belakang bangunan kerana terdapat kesan tapak tangannya selain rakaman yang jelas oleh CCTV.

“Suspek kemudian memakai topeng Ultraman bagi mengelakkan mukanya daripada dirakam oleh CCTV sebelum bertindak melarikan pelbagai botol minyak wangi, gel rambut, pewangi ketiak, wang syiling dan beberapa keping kad isian semula,” katanya.

Menurutnya, dalam rakaman CCTV berdurasi 15 minit itu juga turut menunjukkan suspek mencuba terlebih dahulu minyak wangi yang terdapat di pasaraya tersebut sebelum bertindak menanggalkan dan meninggalkan topengnya berhampiran alat pendingin hawa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan siasatan juga sedang dilakukan bagi mengenalpasti identiti suspek.


5 strategi atasi tabiat lengahkan kerja

Dr. Norman Vincent Peale, seorang menteri yang ternama, penulis yang prolifik (bukunya yang hebat bertajuk “The Power of Positive Thinking”) serta juga seorang pemidato, mengaku melakukan perlengahan kerja adalah sukar untuk mencapai kejayaan. Berdasarkan kepada pengalamannya sendiri, apabila melibatkan dirinya dalam projek yang kurang menarik, Dr. Peale mula berlengah tetapi kemudiannya terpaksa bekerja dengan tergopoh gapah.

Akibatnya, dia telah bekerja hingga ke tahap yang memenatkan dirinya dan gagal memenuhi semua perkara yang dilibatinya. Lima strategi yang dihasilkan oleh Dr. Peale untuk mengatasi tabiat melengah-lengahkan kerja adalah :-

KENALPASTI MASALAH

Dr. Norman Vincent Peale adalah seorang menteri ternama dan penulis buku yang hebat “The Power of Positive Thinking”

1. Pilih satu aspek masalah melengah-lengahkan kerja dan selesaikan masalah tersebut secara eksklusif sehingga masalah tersebut dapat dikawal. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menghapuskan perlengahan kerja dalam semua aspek kehidupan, maka anda akan dapati yang matlamat anda adalah terlalu banyak dan tidak terbuat. Sekiranya anda dapat mengawal sebahagian daripada masalah anda, bermakna anda telah bersedia untuk menyelesaikan sebahagian yang lain.

FOKUS UNTUK SATU PERSATU

2. Tentukan keutamaan dan tumpukan kepada satu masalah pada satu masa. Ingat bahawa kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk bertindak balas terhadap semua perkara yang kita perlu lakukan. Disebabkan kita dapat memenuhi semua kehendak dalam masa yang ada, maka adalah penting bagi kita untuk menumpukan usaha pada tugas-tugas berkeutamaan tinggi. Menyelesaikan masalah satu demi satu akan menolong anda untuk menumpukan perhatian dan tenaga anda. Hasilnya anda dapat menyelesaikan masalah dalam jangka masa yang singkat.

TETAPKAN TARIKH AKHIR

3. Tentukan tarikh akhir untuk diri sendiri kerana ia membolehkan anda menumpukan perhatian dan tenaga terhadap tugas-tugas tertentu. Ramai orang yang bekerja bertungkus-lumus dalam keadaan tertekan boleh menghasilkan banyak usaha apabila tarikh akhir semakin hampir. Dalam kebanyakan hal, anda boleh mengatasi perlengahan kerja hanya dengan menentukan tarikh akhir dan berpegang padanya.

UTAMAKAN YANG SUKAR

4. Jangan cuba mengelakkan diri daripada masalah yang sangat rumit. Tangani masalah yang paling sukar dahulu. Menyelesaikan masalah yang paling sukar dengan berkesan akan melenyapkan rasa takut dan membina keyakinan yang diperlukan untuk menghadapi cabaran yang serupa tahap kesukarannya pada masa akan datang.

URUS MASA DENGAN PRODUKTIF

5. Orang yang ketagih kerja (workaholic) sering mencemuh mereka yang lembab bekerja. Terlalu sibuk sehingga tidak sempat untuk bercuti merupakan satu lambang kebanggaan orang yang ketagih kerja. Namun begitu, orang yang terlalu asyik bekerja jarang-jarang produktif seperti pengurusan masa berimpak yang mampu mengimbangkan antara waktu kerja, masa lapang dan perhubungan peribadi. Produktiviti bergantung kepada apa yang berjaya dilakukan, masa lapang dan rekreasi.

selamat mencuba! -KMN-


Perubahan tarikh mengikut kalender bangsa/agama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tahukah anda perubahan tarikh bagi sesuatu kalender adalah mengikut waktu. Perubahan ini juga di rangka oleh ahli falak bangsa-bangsa itu sendiri.

Berikut adalah waktu perubahan tarikh mengikut kalender bangsa/agama.

Kalender Islam
Perubahan tarikh adalah selepas waktu Maghrib sekitar jam 7:00 malam.

Kalender Cina
Perubahan tarikh sekitar jam 11:00 pagi.

Kalender India
Waktu Maghrib sekitar : 7:00 malam

Kalender Roman
Perubahan tarikh adalah jam 12:00 malam