Menu Utama

January, 2015

 

Minyak Tanah (Kerosin) adalah merupakan bahan api pesawat

Tahukah anda bahan api yang digunakan oleh kapal terbang adalah “kerosin” ataupun dalam bahasa yang biasa minyak tanah?

Bahan bakar ini biasanya digunakan bagi memulakan pembakaran kayu atau arang bagi menghidupkan api dapur pada satu ketika dahulu malah ada yang menggunakanya untuk nyalaan lampu.

Di hari raya sering digunakan bagi menghidupkan sumbu api pelita hari raya.

Walaupun kita tidak mampu memiliki pesawat terbang sendiri, tetapi kita sudah lama mengunakan minyak pesawat sebagai bahan bakar harian.


Bagaimana ingin memendekkan alamat URL yang panjang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sesetengah sosial media atau blog tidak menerima alamat URL yang terlalu panjang. Di sini kami ingin berkongsi ilmu bagaimana ingin menjadikan ianya pendek dan anda boleh tampan di mana-mana tempat seperti bloger, sosial media dan sebagainya.

  1. Buka browser dan masukkan alamat ini :  https://bitly.com/shorten
  2. Kemudian copy alamat link yang panjang tersebut dan tampan di ruang yang disediakan, kemudian tekan button”Shorten”
  3. Portal akan memberi satu link baru bagu URL yang sudah di pendekkan. Kemudian boleh la anda copy dan paste di mana-mana tempat yang anda mahu.

Selamat mencuba


Amalan penjagaan bateri yang betul

Ramai pengguna tidak mengendahkan kaedah penjagaan bateri bagi peranti mereka seperti telefon pintar, komputer riba malah bank bateri. Akibat kegagalan menjalankan etika pengecasan bateri yang baik , maka peranti mungkin tidak mampu memiliki jangka hayatnya lebih lama.

Kebiasaannya bateri nical cadmium / lithium yang di gunakan hanya mampu bertahan pada tahap optimum seusia 3 tahun sahaja (lebih kurang 25,000+ jam pengunaan).

Maka saya menyarankan malah jika kita google “bagaimana memanjangkan jangka hayat bateri” , maka tipsnya adalah sama sahaja.

  1. Pastikan penunjuk (indicator) bateri peranti anda berada bawah 10%, barulah di cas kembali sehingga 80% atau lebih.
  2. Elakkan mengecas bateri sehingga 100%, kerana bateri akan mudah kehilangan keseimbangan kemampuan kapasitinya. Biasa terjadi apabila “over charge” akan menjadikan peranti anda cepat kehilangan kuasa daripada biasa.
  3. Cas bateri sehingga 95%-98% sahaja dan cabut sambungan pengecas.
  4. Matikan paket data jika tidak digunakan. Kerana teknologi 3G sedia ada akan menarik pengunaan modem 50% atau lebih dari kuasa bateri sedia ada. Manakala teknlogi 4G bersifat sebaliknya. Kerana 4G kebanyakkan mengunakan teknologi LTE (Long Term Evolution) yang berkelajuan 10 kali ganda daripada teknologi 3G dan amat kurang mengunakan kuasa.
  5. Matikan semua update, notify, log off facebook akaun. Kerana notify ini bersifat sync atau saling tara dengan server dan menjadikan paket data sentiasa berjalan antara peranti anda dan server sedia ada. Maka tidak hairanlah bateri peranti anda akan cepat kehabisan.
  6. Matikan opsyen “auto update” pada akaun “google play” anda, kebiasaannya pada sistem android.
  7. Matikan pengunaan wireless (wifi) , dan bluetooth (gigi biru) kerana dengan mematikan pengaktifan pranti ini penjimatan kuasa dapat di maksimakan.

sumber rujukan : http://support.hp.com/us-en/document/c00596784


BR1M bentuk tunai lebih mudah

LABIS – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berupa wang tunai adalah langkah dilaksanakan kerajaan dalam usaha menstrukturkan semula dan menambahbaikkan sistem penyampaian subsidi kepada golongan sasaran.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, pemberian secara tunai ini secara tidak langsung memberi kemudahan kepada penerima, selain mampu membantu meningkatkan ekonomi setempat terutama kawasan pedalaman dan luar bandar.

“BR1M sebenarnya dapat menjana ekonomi penduduk setempat seperti golongan peniaga kecil kerana wang diterima akan dibelanjakan untuk membeli barangan keperluan yang melibatkan peniaga setempat.

“Situasi tersebut bukan sahaja sihat kepada iklim ekonomi peniaga setempat, sebaliknya mampu membantu merancakkan ekonomi negara kerana duit tersebut akan dibelanjakan kepada peniaga kecil,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Labis berkata kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan BR1M Parlimen Labis di Dewan Majlis Daerah Labis (MDL), di sini, kelmarin.

Turut hadir, Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim, Pegawai Daerah Segamat, Ahmad Ma’in, Penghulu Mukim Labis, Sabri Nozari dan ketua kampung di mukim Labis.

Menurutnya, pemberian BR1M secara tunai melibatkan pembayaran keseluruhan RM5.7 billion juga menepati saranan Bank Dunia yang mengesyorkan subsidi diberikan secara tunai.

“Penerima boleh berbelanja secara terus untuk mendapatkan barangan keperluan sebaik menerima wang BR1M dan dapat mempercepatkan proses menjana ekonomi yang melibatkan aktiviti jual beli.

“Di Parlimen Labis, terdapat 14,000 penerima BR1M dan daripada jumlah tersebut, hanya 208 pemohon sahaja masih belum memiliki akaun bank dan saya harap jumlah itu dapat dikurangkan akan datang bagi memudahkan proses pembayaran,” katanya.

Pada masa sama, kaedah penyampaian BR1M melibatkan golongan orang kurang upaya (OKU) terlantar yang tidak mempunyai akaun bank perlu dikaji semula agar mereka tidak perlu datang ke pusat pembayaran.

“Penambahbaikan kaedah pengagihan kepada golongan tersebut adalah perlu, sebelum ini terdapat individu terpaksa bersusah payah meminta bantuan orang lain untuk datang ke pusat pengagihan semata-mata untuk mengambil wang BR1M.

“Usaha mempermudah proses pengagihan wang BR1M melibatkan golongan tersebut adalah selari hasrat pemberian BR1M untuk membantu golongan berpendapatan rendah di negara ini,” katanya.

Sumber | Sinar Harian


Hanya menumpang kasih jiran

SEGAMAT – Tiada sesiapa menyangka keadaan sebuah rumah yang hampir roboh dan terletak agak jauh dari kawasan rumah penduduk di Kampung Gelang Chinchin, di sini, didiami seorang warga emas uzur.

Maimunah Yahaya, 86, yang berasal dari Negeri Sembilan berkata, dia tinggal sebatang kara di rumah tersebut selepas kematian suami, Jaafar Mamat, kira-kira beberapa tahun lalu akibat sakit tua.

“Rumah yang makcik duduk ini peninggalan arwah suami. Makcik tinggal seorang diri sebab tak ada sesiapa, kami pun tiada anak.

“Tetapi tanah tiga ekar rumah ini sudah dijual anak tiri makcik. Kiranya makcik sekarang menumpang di tanah orang,” katanya.

Menurutnya, dia terpaksa meletakkan bekas tadahan air setiap kali hujan kerana bumbung bocor dan berlubang selain terpaksa tidur di atas timbunan kain bagi mengelakkan kesejukan.

“Dulu semasa arwah suami ada, rumah ini tak begitu teruk di makan anai-anai seperti sekarang, sebab dia akan baiki dan bersihkan semak samun di halaman.

“Binatang berbisa dari kebun dan semak selalu masuk ke rumah. Baru-baru ini, makcik ada bunuh dua ekor ular yang masuk,” katanya.

Maimunah berkata, dia kini bergantung pada bantuan bulanan Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 untuk membeli barang keperluan harian.

Katanya, kira-kira sebulan lalu, pintu dan dinding rumahnya telah dikopak sewaktu dia tiada di rumah dan kini, dapur rumahnya juga tidak berdinding.

Bagaimanapun, nasib malang warga emas tersebut mendapat perhatian seorang penduduk kampung berkenaan, Mawar Hussin, 42, yang mengambil Maimunah untuk tinggal di rumahnya pada waktu malam.

“Setiap hari jam 6 petang saya akan jemput makcik ke rumah dan bila pagi saya hantar makcik pulang ke rumahnya. Saya bimbang keselamatan dan kejadian buruk menimpanya lagi-lagi pada waktu malam,” katanya.

Katanya, setiap hari dia akan menghantar Maimunah ke klinik kesihatan berhampiran untuk memeriksa tekanan darah tinggi dan kencing manis selain membayarkan bil utiliti di rumah tersebut.

Menurutnya, hasil perbincangan dengan bapanya, Hussin Gam, 76 dan ibunya, Jahara Hussin, 63, mereka bersetuju membantu Maimunah memohon Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

“Kami sudah kemukakan permohonan kira-kira sebulan lalu dan ketua kampung sedang berusaha mendapatkan rumah itu,” katanya.

Sumber | Sinar Harian