SEGAMAT – Kekangan waktu dan komitmen kerja tidak menghalang seramai 130 alumni Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Segamat (PKAYIS) untuk berkumpul semula dalam Majlis Reunion Alumni PKAYIS.

Pengerusi alumninya, Dr Azlina Asaari berkata, majlis ini juga turut menjadi platfom kepada hubungan dua hala di antara alumni dan PKAYIS yang sememangnya sudah terbina sejak dahulu lagi.

“Ini merupakan reunion kami kali kedua dan kali pertama pada tahun 2015 namun ketika itu tidak ramai alumni yang datang disebabkan oleh faktor waktu dan komitmen kerja berbanding pertemuan kali kedua ini.

“Sejak adanya aplikasi WhatsApp, kami mula mengumpulkan semua alumni dan berhubung di antara satu sama lain sehingga membolehkan pertemuan ini diadakan selepas beberapa kali perancangan dibuat,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Reunion Alumni PKAYIS 2017 di Dewan PKAYIS, di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, suasana majlis yang turut dihadiri daripada alumni-alumni yang kini menetap di Kuala Lumpur dan negeri lain juga turut diselubungi perasaan gembira dan terharu hingga ada di antara mereka menitiskan air mata.

“Sesiapa pun akan ada satu perasaan hendak berjumpa semula dengan kawan-kawan lama dan bagi kami, inilah saat impian jadi nyata apabila dapat bertemu semula selepas beberapa tahun terpisah.

“Bagi saya, biarlah ukhwah yang dibina ini terus berkekalan meskipun ada di antara kami yang kini bekerja di sektor korporat serta professional dan kami turut membantu memberikan khidmat nasihat kepada penghuni PKAYIS,” katanya.

Menurutnya, alumni PKAYIS ini juga akan didaftarkan di bawah Suruhanjaya Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dan akan mengambil alih Koperasi Generasi Gemilang Segamat Berhad yang sudah tidak aktif.

Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) PKAYIS, Taher Masri berkata, sejak PKAYIS ditubuhkan pada tahun 1986, kegiatannya lebih tertumpu kepada usaha membantu anak-anak yatim di daerah ini bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.

“Pihak pengurusan memang memerlukan sokongan orang ramai dan komitmen kami bukan sahaja kepada anak-anak yang kami lindungi di PKAYIS, malah kami juga turut memberikan perhatian kepada kanak-kanak di luar.

“Saya juga berharap agar alumni PKAYIS yang berjaya dapat terus memberikan sokongan dan menyumbang semula kepada institusi ini kerana kita adalah sebuah keluarga,” katanya.

(Visited 341 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!