SEGAMAT – Kejadian hujan lebat dan angin kencang yang melanda daerah ini kira-kira pukul 7.30 petang kelmarin menyebabkan kira-kira 10 buah rumah rosak setelah bumbung rumah mereka diterbangkan a­ngin.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Segamat, Staf Muda Nazlan Ruselan berkata, antara kawasan yang terjejas dalam kejadian ribut tersebut ialah Kampung Lubok Batu, Kampung Berata, Jalan Temenggong dan Jalan Muar, di sini.

“Kejadian tersebut juga menyebabkan kebanyakan bumbung rumah penduduk dan beberapa bumbung kedai makan di kawasan tersebut tercabut akibat diterbangkan angin kencang, beberapa pokok tumbang sehingga menghempap dua kereta penduduk.

“Seramai dua pegawai dan 12 anggota APM juga turut dikerahkan bagi membantu mangsa ribut selain beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bomba turut menghulurkan bantuan,” katanya kepada Komuniti Segamat, semalam.

Menurutnya, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut dan pihaknya mengambil masa beberapa jam sehingga ke tengah malam bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Sementara itu, beberapa saksi mendakwa melihat pusaran angin berlaku selama kira-kira lima minit dalam hujan lebat sebelum beberapa bumbung kediaman dan kedai makan turut diterbangkan ribut.

Menurut salah seorang saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Hashim, 51, berkata, ketika kejadian dia sedang melalui kawasan tersebut menaiki kereta untuk pulang ke rumahnya di Jementah.

“Waktu itu hujan amat lebat dan angin sangat kencang. Saya melihat pusaran angin yang menyebabkan bumbung kedai makan di persimpangan Jalan Temenggung tercampak ke jalan utama.

“Mujur bumbung tersebut tidak mengenai kenderaan yang lalu di kawasan tersebut dan saya sendiri cukup cemas dan bimbang melihat kejadian ini yang pertama kali berlaku di depan mata,” katanya.

Sementara itu, jurucakap JKM berkata, beliau meminta mangsa ribut supaya segera membuat laporan polis dan mengambil gambar kerosakan rumah mereka dan menghantarnya kepada JKM bagi membolehkan bantuan segera disalurkan.

(Visited 308 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!