Menu Utama
  • Kongsi info dan berita terkini Segamat bersama kami
  • Hantar info dan berita anda melalui emel admin-support@segamat.com.my

Ustaz Jawab | Kaedah menjaga aurat sebaiknya

Julie : Hukum mendedahkan aurat kepada lelaki bukan muhrim adalah haram. Apa pendapat ustaz mengenai lelaki yang dikategorikan sebagai bukan muhrim dan juga kaedah menjaga aurat sebaiknya oleh wanita?

Ustaz : Aurat daripada segi bahasa ialah keaiban. Manakala pada syarak membawa maksud bahagian tertentu pada tubuh badan manusia yang wajib ditutupi dari pandangan sama ada ketika solat atau diluar solat.

Hukum menutup adalah wajib, ini berdasarkan di dalam Surah An Nur, ayat 31 bermaksud : dan katakan kepada wanita-wanita yang beriman supaya menyekat pendengaran mereka ( daripada memandang yang haram ) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan baju mereka dengan tudung kepala.

Mahram bererti lelaki atau perempuan yang sah dinikahi namun dari sudut lelaki bukan mahram auratnya terbahagi kepada tiga keadaan :-
  1. Antara pusat hingga lutut (di dalam solat, sesama lelaki atau di hadapan perempuan mahram)
  2. Seluruh badannya ketika di hadapan perempuan yang ajnabi(orang yang halal dinikahinya).hendaklah berpakaian sempurna iatu tidak.mendedahkan anggota atau menampakkan bentuk tubuh badan.
  3. Qubul dan dubur ketika ia berada dalam keadaan bersendirian

Adapun kaedah sebaiknya menjaga aurat wanita sebagaimana berikut :-

  1. Hendaklah pakaian itu melitupi seluruh badan kecuali anggota yang bukan aurat (muka dan tapak tangan).
  2. Pakaian yang dipakai itu tebal dan tidak nipis atau jarang.
  3. Pakaian yang longgar dan tidak ketat.
  4. Pakaian yang tidak menyerupai pakaian lelaki.

Wallaualam

USTAZ SHAHIR

(Visited 62 times, 1 visits today)



« (Artikel Sebelumnya)



Komen

error: