Menu Utama
  • Kongsi info dan berita terkini Segamat bersama kami
  • Hantar info dan berita anda melalui emel admin-support@segamat.com.my

Ustaz Jawab | Cara Solat Jamak

Mohammad Khiq : Cara solat jamak

USTAZ : Solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu Zohor kepada Asar atau Asar kepada Zohor, Maghrib kepada Isyak atau Isyak kepada Maghrib. Solat jamak terbahagi kepada 2 iaitu :-

  1. Jamak Taqdim
    Melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu Zuhur dan Maghrib. Contohnya solat Zuhur dijamakkan dengan Asar pada waktu Zuhur, solat Maghrib dan Isyak pada waktu Maghrib.
  2. Jamak Takhir

    Melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu Asar dan Isyak. Contohnya melaksanakan solat Zuhur dan Asar pada waktu Asar, solat Maghrib dan Isyak pada waktu Isyak
CARA MENGERJAKAN SOLAT JAMAK
  1. Solat Zuhur dan Asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu Zuhur.
  2. Kalau Jamak Takhir hendaklah dilakukan dalam waktu Asar.
  3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
  4. Berniat hendak mengerjakan solat Zuhur secara Jamak Taqdim dan Qasar.
  5. Kalau Jamak Takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
  6. Setelah itu kerjakan solat Zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
  7. Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu Asar.
  8. Berniat untuk mengerjakan solat Asar secara jamak takhir.
  9. Kerjakanlah solat Asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
  10. Jika qasar Jamak Taqdim atau Jamak Takhir antara solat Maghrib dan Isyak, maka hendaklah niatkan solat Maghrib secara Jamak Takdim atau Jamak Takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya

USTAZ ABDUL HAMID BIN MANAP
Guru Besar,
Sekolah Agama Kg Tengah, Segamat

(Visited 54 times, 1 visits today)



(Artikel Seterusnya) »



Komen

error: