SEGAMAT – Sebuah pasaraya di Jalan Kekwa, di sini, kerugian kira-kira RM2,000 apabila pasaraya berkenaan dipecah masuk oleh seorang lelaki yang memakai topeng Ultraman, awal pagi kelmarin.

Penyelia keselamatan pasaraya tersebut, Wan Norizan Wan Idris, 44, berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi itu, kelibat suspek memecah masuk pasaraya itu berjaya dirakam oleh empat kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar kawasan tersebut.

“Suspek yang memakai topi itu memecah masuk ke dalam pasaraya ini dengan memanjat pada tiang bahagian belakang bangunan kerana terdapat kesan tapak tangannya selain rakaman yang jelas oleh CCTV.

“Suspek kemudian memakai topeng Ultraman bagi mengelakkan mukanya daripada dirakam oleh CCTV sebelum bertindak melarikan pelbagai botol minyak wangi, gel rambut, pewangi ketiak, wang syiling dan beberapa keping kad isian semula,” katanya.

Menurutnya, dalam rakaman CCTV berdurasi 15 minit itu juga turut menunjukkan suspek mencuba terlebih dahulu minyak wangi yang terdapat di pasaraya tersebut sebelum bertindak menanggalkan dan meninggalkan topengnya berhampiran alat pendingin hawa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan siasatan juga sedang dilakukan bagi mengenalpasti identiti suspek.

(Visited 345 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!