SEGAMAT – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Johor menjadi institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di negeri ini yang mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam usaha menangani gejala rasuah.

Kira-kira 500 kakitangan pentadbiran serta para pensyarah UiTM Cawangan Johor melafaz serta menandatangani IBR pada sekaligus menjadikan kampus negeri UiTM yang pertama mengadakan majlis seumpama ini.

Rektornya, Profesor Madya Dr Azizan Abdullah berkata, beliau menyeru kakitangan UiTM Cawangan Johor agar sentiasa menjaga integriti dan akauntabiliti dalam menjalankan tugas sekaligus mengelakkan amalan rasuah.

“Sekiranya hal ini dipandang remeh, ianya boleh meruntuhkan UiTM, sebuah institusi pendidikan yang dibina sejak 60 tahun yang lalu.

“Kita khuatir akan dapatan kajian Institut Integriti Malaysia baru-baru ini berkaitan persepsi mahasiswa mengenai rasuah di mana 35.8 peratus daripada kalangan responden menganggap menerima hadiah bukan satu kesalahan rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sewaktu Majlis IBR di Dewan Kuliah 1, UiTM Cawangan Johor, baru-baru ini.
Turut hadir ialah Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias; Ketua Unit Integriti, UiTM, Ridzuan Ahmad; Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Johor, Zuber Zainal dan Ketua Cawangan SPRM Segamat, Zulhalim Husin.

Menurutnya, beliau juga menyambut baik cadangan mengenai kerjasama strategik di antara UiTM Cawangan Johor bersama SPRM untuk melaksanakan program khas yang melibatkan mahasiswa bagi mengukuhkan integriti golongan mahasiswa.

Sementara itu, Azmi berkata, sehingga kini UiTM Cawangan Johor belum pernah terpalit dengan isu-isu rasuah dan beliau berharap agar semua kakitangan UiTM mengekalkan integriti untuk menjaga nama baik UiTM.

(Visited 393 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!