LABIS – Seorang lelaki di Kampung Sungai Gatom, di sini, hanya mampu terlantar selain mengalami masalah ingatan selepas terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Muar-Labis pada 1 Januari yang lalu.

Isterinya, Norilah Ahmad, 50, berkata, disebabkan pendarahan teruk di kepala, suaminya, Mohd Khir Mohd Som, 53, kini hanya mengenali serta mengingati namanya serta anak-anaknya sahaja selain daya ingatannya yang semakin lemah.

Norilah Ahmad
Norilah Ahmad

“Ketika kejadian, dia (suami) menunggang motosikal bersendirian untuk ke tempat kerja di Pasar Awam Labis kira-kira pukul 4.30 pagi dan ketika itu hujan renyai dan cuaca gelap menyebabkan dia tidak perasan serta merempuh pokok getah yang tumbang merintangi jalan.

“Saya hanya mengetahui kemalangan tersebut selepas dihubungi oleh salah seorang rakan sebelum anak kedua saya pergi ke kawasan kejadian untuk melihat keadaan bapanya dan ketika itu keadaannya tidak seteruk sekarang,” katanya.

Dia ditemui semasa menerima lawatan dan sumbangan daripada Yayasan Majlis Daerah Labis (YMDL) yang disampaikan oleh pengerusinya yang juga Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim di rumah keluarganya, di sini, kelmarin.

Menurutnya, tiga bulan sebelum kemalangan tersebut juga, suaminya pernah terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Chaah-Labis sehingga patah tulang bahu selepas tayar lori yang dipandu oleh majikannya meletup sebelum terbabas.

“Suami saya kemudian dikejarkan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) untuk menjalani pembedahan selepas pihak Hospital Daerah Segamat (HDS) mendapati terdapat pendarahan pada kepalanya.

“Dia kemudian ditahan selama dua minggu di Unit Jagaan Rapi (ICU) HSAJB sebelum dirujuk ke HDS semula dan ditahan selama dua minggu lagi sebelum dibenarkan pulang ke rumah pada awal bulan ini,” katanya.

Menurutnya, sejak kejadian tersebut, suaminya bukan sahaja mengalami kehilangan daya ingatan, malah tidak mampu menggerakkan kaki kirinya selain terpaksa dibantu oleh dia dan tiga lagi anak mereka untuk menguruskan diri.

Katanya, sebahagian tempurung kepala suaminya juga terpaksa dibuang menyebabkan kepala suaminya lekuk hampir sebesar tapak tapak tangan orang dewasa dan berharap suaminya akan cepat sembuh seperti sediakala.

Mohd Khir (baring) sewaktu menerima kunjungan Azahar (dua,kiri) di Kampung Sungai Gatom.
Mohd Khir (baring) sewaktu menerima kunjungan Azahar (dua,kiri) di Kampung Sungai Gatom.

Sementara itu, Mohd. Azahar berkata, bantuan YMDL tersebut merupakan satu bukti sikap prihatin Majlis Daerah Labis (MDL) selaku pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap sebarang masalah yang dihadapi oleh golongan pembayar cukai di kawasan pentadbirannya.

“Selain memberikan sumbangan berupa wang tunai, kami juga memberi surat pelepasan caj hospital kerana Mohd Khir akan membuat rawatan susulan di HSAJB dalam masa terdekat ini dan berharap ini akan dapat meringankan beban keluarga ini.

“Bantuan ini juga menyangkal pandangan sesetengah pihak bahawa PBT hanya beperanan mengutip cukai sahaja sebaliknya kami mengembalikan semula kepada mereka dalam bentuk perkhidmatan, pembangunan dan bantuan dalam pelbagai bentuk “ katanya.

(Visited 680 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!