Menu Utama
  • Kongsi info dan berita terkini Segamat bersama kami
  • Hantar info dan berita anda melalui emel admin-support@segamat.com.my

Tahukah anda, jangka hayat Power Supply Unit (PSU)?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ramai pengguna berpendapat bahawa barangan elektronik sekali beli pakai sampai bertahun-tahun. Sebenarnya ini adalah rahsia pembikinan barangan elektronik. Komponen elektronik mempunyai jangka hayatnya yang tertentu.

Q: Saya jarang buka komputer pun boleh rosak?

A: Ya, ini kerana diod dan kapasitor akan mempunyai jangka hayatnya, seperti kita ketahui fungsi diod adalah untuk menyimpan, menyelaras voltan, dan mengnyah voltan, dan mempunyai timer-timer yang tertentu.

Q: Saya hanya buka komputer/notebook ketika perlu sahaja tanpa main”games” pon boleh rosak juga?

A: Ya, setiap barangan seperti “Hard Disk”, “RAM”, “POWER SUPPLY”‘ dan semua komponen mempunyai jangka hayat “Life Time”  yang tertentu. Lagi rendah mutu maka  ia semakin cepat untuk rosak.

Q: Bagaimana memanjangkan jangka hayat barangan elektronik?

A: Setidak-tidaknya dalam sehari hendaklah di “ON” sekurang-kurangnya 5 minit bagi membolehkan semua litar aktif dan berada dalam keadaan normal.

Q: Bagaimana diod boleh rosak?

A: Jika dibuka terlalu. Kerap, suhu diod yang panas akan mengembangkan fizikal diod dan ini menjadikan arus tidak stabil. Contoh: diod yang biasa menyelaras voltan 5 volt, apabila ia mengembang akan menjadikan diod itu tidak dapat menstabilkan kandungan arus voltan, mungkin pada suatu ketika ia akan hanya boleh berfungsi dibawah  5 volt, dengan ini fungsi diod mungkin tidak stabil seperti biasa.

Q: Berapakah jangka masa optimum contoh power supply berfungsi?

A: Sebenarnya tiada satu skala bagi menentukan masa komponen elektronik. Namun jangka aras biasa servis komponen elektronik hanya bertahan pada tahap optimum lebih kurang 3 tahun , jika lebih ianya adalah bonus.

(Visited 125 times, 1 visits today)



« (Artikel Sebelumnya)



Komen

error: