Menu Utama
  • Kongsi info dan berita terkini Segamat bersama kami
  • Hantar info dan berita anda melalui emel admin-support@segamat.com.my

Solat Hajat Polis Daerah Segamat

SEGAMAT – Seramai 40 orang terdiri daripada Pegawai Kanan dan anggota IPD segamat dan balai luar menunaikan solat zohor secara berjemaah dan seterusnya menunaikan solat sunat hajat bersama-sama bagi memohon keberkatan, keselamatan dan perlindungan dari Allah S.W.T dalam melaksanakan dan menjalankan tugas.

Solat hajat ini diadakan disemua IPD seluruh Kontinjen Johor bagi tujuan yang sama dan khasnya dalam melaksanakan tugas khas semasa majlis pertabalan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar yang akan langsungkan pada 23 Mac 2015 ini.

Dijangkakan ramai anggota polis terdiri daripada Pegawai Kanan dan anggota akan terlibat dalam penugasan tersebut terutama dari Cawangan Trafik IPD Segamat.

Solat Zohor berjemaah serta solat hajat tersebut telah diadakan di surau Ar-Rahman di Perumahan Polis Jalan Muar Segamat dan dipimpin oleh Pegawai Bahagian Agama dan Kaunseling IPD Segamat, Ustaz Muhammad Fakrulrazi Bin Samad dibantu oleh 3 anggotanya yang lain.

Beberapa anggota polis yang turut serta solat hajat

Beberapa anggota polis yang turut serta solat hajat

Semoga semua pegawai dan anggota polis yang bertugas tidak kita dimana juga mereka bertugas mendapat petunjuk dan perlindungan keselamatan dari Allah jua hendaknya. Insya Allah.

(Visited 200 times, 1 visits today)



« (Artikel Sebelumnya)



Komen

error: