Menu Utama
  • Kongsi info dan berita terkini Segamat bersama kami
  • Hantar info dan berita anda melalui emel admin-support@segamat.com.my

Segamat lokasi kedua Mini Agro Johor

LABIS – Selepas kejayaan penganjuran Mini Agro Johor di Muar, baru-baru, ini, daerah Segamat pula dipilih menjadi lokasi kedua penganjurannya di Dataran Labis, di sini, bermula 5 hingga 8 Mei ini.

Pegawai Daerah Segamat, Mohd Haffiz Ahmad berkata, ini selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan daerah Segamat sebagai hub pertanian dan agrotourism negeri Johor serta menyasarkan kira-kira 70,000 pengunjung ke karnival tersebut.

“Tujuan utama Mini Agro Johor ini diadakan sebagai platform kepada usahawantani untuk meluaskan rangkaian edaran dan juga jualan produk mereka selain memberi pendedahan kepada golongan belia dan orang ramai tentang peluang-peluang pertanian yang ada.

“Kita turut menyediakan 60 gerai jualan kepada para usahawan untuk mereka menjual pelbagai barangan yang berasakan pertanian dan sehingga kini masih terdapat 30 lagi kekosongan gerai,” katanya.

Mohd Haffiz (duduk, kanan) ketika sidang media khas Mini Agro Johor di Majlis Daerah Labis

Mohd Haffiz (duduk, kanan) ketika sidang media khas Mini Agro Johor di Majlis Daerah Labis

Beliau berkata kepada pemberita semasa sidang media khas Mini Agro Johor di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Labis (MDL), di sini, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pengarah Perikanan Johor, Munir Nawi dan Penolong Pegawai Pertanian Segamat, Mazlan Mohamad Salleh.

Menurutnya, selain itu, terdapat 20 ruang pameran yang akan disertai oleh jabatan dan agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian dan lain-lain lagi.

Mini Agro Event 03

“Pelbagai aktivti serta pengisian telah disusun dengan kerjasama jabatan serta agensi yang berkaitan seperti cerama agama, cabutan bertuah dan mendapat kerjasama Jawatankuasa Penyelaras Mukim-Mukim (JPMM) Dun Tenang.

“Jadi, saya mengalu-alukan kedatangan penduduk daripada daerah ini dan daerah-daerah lain bagi menjayakan Mini Agro Johor ini bagi mendapatkan informasi terkini berkaitan sektor pertanian di negeri Johor khususnya di daerah Segamat,” katanya.

(Visited 589 times, 1 visits today)



« (Artikel Sebelumnya)



Komen

error: