Menu Utama
  • Kongsi info dan berita terkini Segamat bersama kami
  • Hantar info dan berita anda melalui emel admin-support@segamat.com.my

Sasar 7,000 pengunjung ke Festival Bekok

LABIS – Festival Bekok yang akan dianjurkan selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Jun ini dijangka akan dapat menarik kehadiran kira-kira 7,000 pengunjung ke Pekan Bekok yang sinonim sebagai salah satu kawasan ekopelancongan di daerah ini.

Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong berkata, festival tersebut yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Labis diyakini mampu memperkenalkan lagi Bekok kepada para pelancong.

“Pelbagai acara melibatkan semua peringkat umur telah diatur sebagai pengisian program yang bertujuan mempromosi Bekok sebagai destinasi perlancongan dan salah satu pintu masuk ke Taman Negara Endau-Rompin Selai itu.

“Melalui festival ini juga, saya berharap ianya mampu meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat untuk menambah pendapatan melalui pembukaan pelbagai gerai jualan yang akan disediakan sepanjang festival ini berjalan,” katanya.

Tee Yong (lima,kiri) mencuba permainan guli selepas merasmikan Majlis Pelancaran Festival Bekok

Tee Yong (lima,kiri) mencuba permainan guli selepas merasmikan Majlis Pelancaran Festival Bekok

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata kepada pemberita sewaktu sidang media Majlis Pelancaran Festival Bekok di Gelanggang Bola Keranjang Bekok, di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, antara acara yang bakal diadakan adalah seperti persembahan kebudayaan, hiburan, sukan, pendidikan serta kesihatan meliputi semua peringkat umur dan akan memastikan tiada golongan yang terkecuali.

“Pada hari pertama, pelbagai acara menarik seperti pameran kereta antik, pertandingan melukis, demontrasi masakan tempatan,merentas desa akan diadakan pada sebelah siang sementara pada malamnya akan diadakan malam kebudayaan dan pasar malam

“Diharapkan program ini bukan sahaja dapat mempromosi keunikan Bekok seperti Hutan Lipur Sungai Bantang dan perkampungan Orang Asli kepada penduduk di sekitar daerah ini sahaja, malahan kepada semua penduduk di negeri Johor serta negeri-negeri berhampiran,” katanya.

Katanya, selain memberikan fokus untuk meningkatkan taraf ekonomi di kawasan Parlimen Labis, sektor pelancongan dan perladangan yang menjadi salah satu identiti di kawasan tersebut juga akan terus dibangunkan bagi memastikan ianya tidak ketinggalan.

Pada masa sama, kerajaan pusat juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi pemasangan pendingin hawa di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis (MDL) di bawah salah satu projek Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

“Pemasangan pendingin hawa ini atas permintaan penduduk Labis yang mahu keadaan lebih selesa apabila menggunakan dewan tersebut untuk melakukan aktiviti yang driancang terutamanya dalam keadaan cuaca panas yang dialami sekarang ini,” katanya.

(Visited 136 times, 1 visits today)





Komen

error: